RSS

20120529

tarik nafas panjang~

entah pada dunia...
yang terbentang...


haruslah. dia tak pernah tahu dari mana dia mulakan. dan tidak juga dia tahu ke mana pengakhiran. tahunya, dalam diri ada dua keinginan. dua personaliti. dua senyuman.

satu pihak mengajar dia untuk senyum cemburu. mencuba, tapi entahkan diterima. atau sebenarnya diterima, cuma dia sahaja yang terlebih fikir. membatas diri sendiri. serasa seperti hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. segan. dan akhirnya hanya mampu senyum sendiri. berkongsi gembira dari jauh.

satu pihak mengajar dia berfikiran matang. dan mungkin juga bertindak matang. atau sebenarnya, memang dia selama ini bersikap matang. di kalangan mereka, dia dipandang. cuma kadang, keanak-anakan itu mencelah. rindu untuk keluar. terasa dipendam tanpa rela. dipendam, kerana tiada tempat untuk bermanja.

terpendam, kerana semua yang mencarinya, mengharapkan nasihat yang bernas. seolahnya datang dari pengalaman 50 tahun hidup! mana mungkin, dia mengecewakan mereka dengan sifat keanakan?

lalu dia sendiri, mungkin perlu belajar. untuk lebih bermanja dengan Tuhan. bila tersepit sebegini, dia pun keliru.

tidak mengapalah. hakikatnya, menjadi kekuatan orang lain sedang diri sendiri lemah adalah kebahagiaan yang paling dalam.

tidak mengapalah. sembunyikan sedikit kesakitan lemahnya diri di sebalik pura sebuah kekuatan, andai ia mampu menguatkan yang lain.

ujian yang paling dalam untuk mendidik kesabaran, dia percaya. putarannya kembali kepada diri sendiri. jadi, biarlah dia belajar untuk kuat, belajar untuk sabar. sebab dia pernah rasa manisnya.

tiada tempat bermanja, tak mengapa.

Allah ada.

*hembus perlahan. senyum. merah langit pagi ini, memang lain dari kebiasaan.



atau pada akhirat...
yang berbalam...

20120527

satu dalam dua~

kadang memahami...
lebih utama dari mengerti...




saya tidak tahu bulat itu untuk apa.
tidak juga saya tahu panjang itu untuk apa.

dan saya tak rasa perlu tahu~

"haven't you by now should stop it?"


*****

semalam, keluar musolla Azzikr dalam pukul 7 petang. berkira-kira hendak ke irbid mall. lama sungguh rasanya tak menatap mentari terbenam di sana.

kira-kira lagi, tak jadi. akhirnya pulang ke rumah memanjat sutuh. dengan aiskrim coklat! angin memang mendamaikan. dan mentari cantik seperti biasa. redup menemani.

menanti maghrib di sana, berbisik sendiri.

cumanya, tidak bolehkah kamu menghormati saya?

okay, random.

haih. janggal sungguh rasanya menetap di irbid untuk cuti semester bila terbiasa keluar travel every semester breaks before! (ini ayat eksyen~ haha)

cuti ni ada dua target. let's see how it works~
^^


seringnya selalu...
berbeza pada hati...

20120515

babies~

redup matamu...
kepuasan terpancar...
indah berbicara...


"intan, kita dah jadi mamaaa~"

itu ayat pertama yang arwa ucapkan melihat kehadiran saya di wad tadi. saya yang tersenyum lebar, bertambah lebar. aduh. bisa benar. menyusup ke lubuk yang paling dalam saya rasakan.

ayat itu bukan ayat memaklumkan, "aku telah selamat melahirkan anak". bukan ayat memberitahu "sakitnya melahirkan seorang putera."

tapi ayat itu, ayat iktiraf penuh 'izzah,

"aku kini lengkap sebagai seorang wanita. di sisi suami, aku setia menjadi bidadari syurga rumahtangga dan untuknya aku hadiahkan seorang Umar. pasti kudidik supaya dia menjadi saham untuk kami kekal bersama melangkah ke syurga."

tahniah buah Arwa dan Aziz.

buat Umar bin Abdul Aziz, semoga kamu membesar seperti seorang khalifah yang pernah menjadi kebanggaan dunia Islam.


*****


ohoi!
saya pun dapat baby jugak arwaaa~!

opps. babIES.
hehe.

malam sehari sebelum exam Ro buat kejutan. sedar-sedar dah bersih sebijik bawah katil. dia pulak bukan main aktif berlari sini sana dengan perut boyot. saya dan housemates je yang cuak lebih, paksa-paksa Ro masuk kotak 'delivery' dia. haih.

tunggu 2 jam sampai pukul 11. tak ada tanda-tanda untuk second birth. 'doktor' ni pun tutup lampu ER, masuk tidur. haha. (dah la banyak lagi tak cover material UGS time tu). bangun balik pukul 2 pagi, pergi 'lawat' patient, dan dan Ro tengah meneran.

yeay! keluar second baby. raba-raba perut, macam ada lagi. haisy. kalau tak keluar cepat, boleh lemas third baby ni. dan ya, the third one keluar tadi, 2 hari selepas previous 2 babies. tak dapat diselamatkan. innalillah~

4th gen kids, welcome to the world!

lalala~
happy 15 hari.

UGS dah serah pada Tuhan. semoga Dia tentukan yang terbaik.

ada yang bicarakan pada saya. katanya,

sudah tiba masanya,
keyakinan (setelah kepercayaan) pada kuasa usaha,
beralih padu pada kuasa Tuhan.

senyum. angguk. setuju.
=)

CNSain! cant wait to see you!
err. baiklah. ethics dan management jugak. haha


YOSH!
=)

ihiks. tiada nama lagi. siapa nak cadangkan? dengan syarat ada huruf 'R'~ =)

si sulung oren putih. si bongsu putihhhh banyak tapi ada tompok-tompok oren jugak.

haih. memang warna Ro warna dominant.

izzah, nampak gayanya Ro memang ikut tuan dia. memilih. haha~
=pp



redup mataku...
kegembiraan terpancar...
berkongsi rasa...

20120508

raheem II~

pada bicara kekuatan...
mari menjemput hadir...
ikhlas ternilai...



"orang yang lahir dari rahim tarbiyah, harus berbeza."


sentap.

saya sedar,
saya tak lahir dari rahim yang ditarbiyah.

tapi saya akan pastikan
yang dilahirkan
datang dari rahim yang ditarbiyah.

supaya kita hidup berbeza.




07 mei 2012
21:55
ijlis bina nu'min sa3ah~



nota kaki: saya mengajak diri, dan kalian juga~



dengan segenap urusan...
antara kita...
dan Rabb seluruh alam...

20120504

katakan~

kadang terlalu fikir...
masa hilang...
terbuang...





katakan
pada hidup yang memberi nafas bicara
di sisiku ada dua purnama
tajam menyabit
bola mempersona

katakan
pada hidup yang memberi hela duka
di sisiku ada dua jendela
berhembus bayu
bersinar cahaya

katakan
pada hidup yang memberi ruang luka
di sisiku ada penawar segala

meski tidak aku pinta
pasti terdahulu Dia menyua


03 mei 2012
13:45
library JUST~


*****

teksi pertama. naik, turun, bergenang mata.
tahan teksi kedua. naik, sampai rumah, turun, tumpah jugak akhirnya.

"hoh. hormonal imbalance je ni. kalau tak jangan harap."
*kesatkesat*


Tuhan,
aku tak pernah tahu, hidup sesukar ini.

tanpaMu.


nota kaki: orchiopexyisthemanagementofcryptorchidism.studylasemek!lalala~=.=



bukankah lebih baik...
pandang ke hadapan...
dan teruskan?

20120503

disney~

lupa agaknya...
pada kenangan...
yang membesarkan kita...





pada saya,
seorang penulis mempunyai banyak identiti.

mereka menulis untuk bersembunyi,
atau mungkin untuk menzahirkan realiti.

cuma menjadi pembaca,
sering kita keliru untuk memilih identiti sesebuah tulisan.

mungkin patut kita kenali,
sebelum pantas memberi keputusan.

atau mungkin patut kita serahkan,
biar Tuhan sahaja yang membuat penilaian.


*****


listing:

Mulan
Hercules
Cinderella
Tarzan
Aladdin
Pocahontas
Anastasia
Beauty and The Beast
The Little Mermaid
The Lion King
Peter Pan
Alice In Wonderland
Snow White
Princess and The Frog
Barbie
Mickey Mouse
Donald Duck


macam tak cukup.
apa lagi ya?



tapi masakan boleh lupa...
pada kenangan...
yang mendewasakan kita...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .