maaflah ya, kalau penolakan saya dirasakan kasar. saya kira, kemunculan nama kamu dalam hidup saya (meski saya tak kenal siapa) dan (mungkin) kamu kenal saya, sudah cukup untuk menjadikan kita kawan.
lagi saya ulang, istilah kawan bagi saya cukup sekadar urusan kerja atau memerlukan pertolongan. jangan segan untuk meminta tolong, jika saya orang yang ahli dan dapat membantu dalam urusan itu, meski kita tak saling kenal rapat. i mean it. jangan segan~ =)
jika selain daripada itu,
seperti dinyatakan,
saya minta maaf, ya~
saya yakin, ini lebih baik bagi hati saya, dan hati kamu~
fi amaanillah~
=)
nota kaki 1: akan menyusul pencerahan lanjut selepas 1 april fool, insyaAllah~
nota kaki 2: uhh, mid exam CNSII. mohon doa bertimbuntimbuntimbun~! >.<
kadang sebuah percaya... tidak selalu memerlukan kata...
"you must make people trust you to treat them."
"can people trust me to treat them?"
"can i trust myself to treat people?"
i finally found out that, trust is like nerves. synapsing, connecting, supplying, giving function and most of all, creating harmony among the organs.
once lesioned you may get paralyzed~
*****
it strikes me the most. kata-kata Doktor Rashid yang membuahkan monolog dalam diri. and he finally ended up today's lecture, a little annoyed with the students maybe, with another two striking words. GROW UP!
saya saja-saja fikir dan tiba-tiba saya teringat. kalian tahu, budak medik dah nak start membebel secara saintifik nih. telinga kita ada kaitan dengan hati?
okay. jantung sebenarnya.
kalau kalian nak tahu, telinga kita dibahagikan kepada tiga bahagian. external, middle and inner ear. bahagian external ear, kita ada auricle (pinna) dan external auditory meatus. di mana external auditory meatus dipisahkan dengan middle ear oleh tympanic membrane.
kalau kalian nak tahu, small area of inferior part of tympanic membrane dan small area of floor of external auditory meatus are innervated by auricular branch of vagus nerve.
and parasympathetically, if this area is stimulated, it may result in decrease of heart rate. or if the stimulation is strong enough, it may stop the heart.
we call it vasovagal stroke.
sebab tu kalian kena hati-hati kalau nak membersihkan telinga. jangan sampai kawasan itu di stimulate. bimbang memberi kesan kepada degupan jantung.
okay, enough said medically. sebenarnya saya saja-saja nak cari perkaitan. antara telinga dan hati. saya kira, semestinya kata-kata yang indah itu juga (selain tulisan) mampu menuju tepat ke hati. membaikpulih. menghalau pedih.
kata-kata indah, maksud saya bukan yang menjanjikan mimpi. tapi memimpin realiti. membasahkan hati yang mungkin kegersangan.
uhh, saya rasa mungkin saya terlalu dipengaruhi oleh kata-kata Doktor Rashid ni. sebab saya rasa, degupan jantung saya hampir terhenti tadi mendengar pesanannya. mungkin auricular nerve saya ter stimulate. parasympathetically decreasing my heart rate.
lepas ni saya nak tengoklah pula. siapa yang mampu stimulate hati saya sympathetically. eh(?)
cuma jangan dilupa, seindah-indah kata adalah kalamNya~
pada jernih sebuah lens... mungkin dapat kau baca...
nota tangan: idea mencurah-curah pula selepas solat subuh. sengih-sengih serba salah. target nak study, tapi idea tengah datang ni. pandang bulan, senyum. okay, sekejap je~
"an eye is an eye". sekali lagi bicara saya tentang mata, tulisan dan hati. saya kira, lecture tentang mata masih lagi membuahkan rasa cinta. uhh, semoga Allah pelihara rasa ini. manis sungguh bila 'nampak' sesuatu perkaitan dengan apa yang kita belajar.
kalian tahu, bagaimana mata kita berfungsi? secara simple nya, kita ada tiga komponen penting yang mencuri hati saya. cahaya, mata dan fovea centralis.
cahaya yang menembusi mata, akan tertumpu pada retina untuk menghasilkan image pada otak. dan pada lapisan retina terdapat satu depression yang dinamakan fovea centralis. fovea centralis berfungsi menghasilkan image pada object yang kita fokus. manakala kawasan retina lain akan menghasilkan image sekitarnya.
contoh, ketika kalian membaca ayat ini, yang jelas pada pandangan kalian adalah perkataan INI, kan? tetapi kalian masih melihat image di sekitarnya. tulisan lain, skrin laptop, keyboard dan objek-objek lain seluas angle view manusia.
jadi yang jelas itu, cahayanya tertumpu pada fovea centralis, dan untuk image sekitarnya pula, cahaya jatuh pada kawasan retina yang lain. jelas ya anak-anak? gila saintifik penerangan. dasar budak medik. =.=!
dan tulisan. pada saya, sebuah tulisan indah itu umpama cahaya yang terpilih untuk tertumpu pada fovea centralis.
dan pada saya, fovea centralis umpama sebuah hati. banyak cahaya yang memasuki mata, tetapi bukan semua yang tertumpu memasuki fovea centralis.
banyak tulisan yang dibaca, tapi bukan semua yang tertumpu memasuki hati. kan?
indah sungguh sebuah tulisan yang mampu menuju tepat ke hati. dan apabila dibaca mampu merawat segala penyakit. kerana kita tahu, baiknya hati membaikkan segala anggota lain.
dan sayang sungguh sebuah tulisan yang dibaca (atau ditulis T__T) kosong. umpama cahaya yang memasuki mata tapi terbias pada kawasan retina lain.
menghasilkan image kabur.
saya teringat satu kata-kata indah. lupa pula dinukilkan oleh siapa. dan entah di mana saya pernah membacanya.
katanya lebih kurang,
"saya tidak mahu menjadi seorang doktor. mahupun seorang penulis. tapi saya mahu menjadi seorang doktor yang menulis. dan seorang penulis yang merawat."
indah.
dan saya cukup tahu. tulisan ini membelasah diri saya sendiri. entahlah tulisan ini mampu menuju tepat pada fovea centralis kalian, atau hanya terbias pada kawasan retina lain.
entahlah.
nota kaki: jangan lupa baca berulang-ulang-ulang kali kasi lekat. nanti masuk exam~ ^^
pada opaque sebuah sclera... bagaimana harus kau kata?
kata orang... jarak itu pemisah... mengundang resah...
alhamdulillah.
nota tangan: please take note. post kali ini saya main merapu menulis. dan ditujukan kepada peminat-peminat Ro and kids. enjoy~ =)
Rosella. cinta hati saya, sila tahu. lepas winter trip hari tu, sampai rumah terus saya tanya adik housemate, "mana Ro?" dan terus dia buat muka tak percaya saya tanya pasal Ro dahulu instead of asking her a welcome home hug. haha~
Ro waktu itu, gemuk cantik macam itulah. nampak bahagia je dengan the 3rd gen kids. the 3rd gen kids sangatlah besar~! macam dah berapa bulan saya tinggalkan padahal cuti 3 minggu je kott~! >.<
mereka dah mula kejar mengejar. sama-sama sepahkan pasir. makan sepinggan. tidur sekatil. sehinggalah satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Ro seolah-olah tidak mengenali the kids.
sebenarnya hari itu, Ryu dan Rome jatuh bangunan. seharian kami cari tak jumpa. malam hari itu baru jumpa. saya tahu pun subuh keesokannya sebab waktu tu saya dah tidur. saya kira sampai sekarang saya jetlag. tidur lepas isyak, bangun pukul 1, 2 pagi~ =.=
tidur selalu nak lovingloving. jeles!
waktu diceritakan itu, dah bergenang mata. terkejut kot Ryu dan Rome boleh jatuh bangunan dari tingkat 3 sebab mereka main-main tepi tingkap dapur. masa tu ingat mereka dah meninggal. haha~
tapi rupa-rupanya hidup lagi. cis. cuma tempanglah. memandangkan hanya Ray 2.0 yang sihat dan tidak jatuh, maka kami mencipta kisah bagaimana Ryu dan Rome boleh jatuh. dan kami mengambil konklusi, mereka ditolak Ray. haha~ XD
sejak hari itu, Ro makin hambar dengan the kids. entah kenapa. symptom-symptom gatal Ro pun makin ketara. kami bagi je Ro keluar rumah kadang-kadang sebab kami tahu Mr. Tom dah tiada. kehilangan Mr. Tom pun misteri.
oh, ya. Mr. Tom ni SA aka secret admire Ro. dulu hari-hari dia tunggu Ro depan pintu. bersahut-sahutan dengan Ro dari dalam rumah. dan kami percaya, Mr. Tom ni papa 1st, 2nd n 3rd gen kids. hehe. tapi sejak balik dari malaysia tahun lepas tak jumpa pula dia.
menghilang. sama ada dah jumpa awek baru yang lagi cun dari Ro. atau dah mati. tapi kami pilih hipothesis kedua. hehe~ tapi okay jugak sebab senang kami lepaskan Ro keluar rumah. takde la balik bawak anak kan. lagipun Ro takkan berani keluar dari bangunan. dia ada kenangan pahit kot. ^^"
cuma yang membahagiakan, Ro dah kembali macam dulu. asyik nak berkepit dengan saya. tidur sekali. teman saya study. paling dia suka, duduk atas riba regardless waktu mana-mana.
ni perangai keji Ro time sehari sebelum xm CNS 1~ =.=
watch this. pura-pura tidur mati.
and how she covered her face with her tail bila saya kejutkan dia. cis.
bukan main lagi. menguji sungguh time tuannya tengah study~
kadang time saya study. kadang time saya mengaji. pantang ada peluang. lepas tu mula la buat-buat tidur mati. naik lenguh saya~ =.=
the kids. semua dah kompem. jantan. the kids ni, saya boleh bagi satu perkataan je. PENAT. kadang terfikir juga, macam ni agaknya rasa membesarkan anak lelaki. eh(?) ^_^"
Ryu watanabe~
Rome~
Ray 2.0~
mungkin saya tak biasa kot. Eric dulu, tak sempat bela sampai dia besar pun. tapi these 3R's ni, nakal, manja, gatal dan sangat memenatkan laaaaaaaaaa~ >.<
setiap hari akan ada benda yang mereka nak sepahkan. lagi menakutkan, mereka sangat suka ikut masuk bilik air sekali. masalahnya, acah dengan air pun mereka tak takut. lepas tu suka masuk dalam kain orang. scary tahu! >.<
kadang main panjat-panjat badan sampai atas kepala. kalau larang pun, tak makan saman. dan Ray, dia ada satu habit gatal yang menakutkan.
kalau nampak saya dia akan baring menggeliat dan mengengsot ke arah saya dengan mencakar karpet. dia kejar saya macam tu. menakutkaaaaaaaaaaaann~! gila gatal.
tapi mereka semua sangatlah manja. tidur nak beriba. asal pegang sikit, mula la bunyi bergetar dia tuh. dan kebiasaannya the kids akan lepak bilik adik housemate. bilik saya, saya mampu bagi Ro je yang masuk lepak.
sebabnya nak dijadikan cerita, hari itu Ro tidur atas riba time saya tengah study. tiba-tiba rasa kesian dengan the kids yang mengiau kat luar bilik, saya bukakan pintu dengan harapan the kids tidur atas katil. tapi mereka ni bukan nak tidur atas katil tu.
Ray panjat kerusi saya, nak tidur atas riba juga. Ro yang terjaga time tu terus menderam dan acah nak cakar Ray. Ray dengan muka tak malu dia, buat tak tahu terus baring je atas riba. bengang sungguh Ro. cemburu kuat gila. dia pandang je saya. lepas tu terus keluar. merajuk la tu. =.=
mencari ilham(?)
dan saya rasa, kami ada satu chemistry. kami kuat cemburu dan tak berapa mesra denganlelaki kucing jantan. sejak hari tu, saya dah tak bagi the kids lepak dalam bilik. Ro je yang boleh masuk. sayang je the kids tapi tak into sangat kot. dan mestilah sayang Ro lebih.
muka 'orang' sakit~ eleh
tapi apa-apa pun, saya bahagia dengan kehadiran mereka terutamanya Ro. Ryu dan Rome pun dah boleh berlari. cuma Rome yang masih tempang sikit-sikit, tapi dah start berlari. hari tu tengok dia berlari dengan kaki tiga, lawak sungguh~ ^^
this one sebelum winter break~
after all, saya teringat satu ceramah UAI. katanya, "hebatnya Allah, dia jadikan anjing untuk orang kafir dan kucing untuk orang islam."
senyum. dan angguk bersetuju~
=)
*****
LOL~ ^^
amal, sebelum ajar anak sayang Ro,
kena cari su*mi yang boleh berkongsi kasih dengan Ro dulu, kan?
XD
kata saya... jarak itu pengikat... menambah erat...