RSS

20110831

semurni kasih~

litup sunyi...
gema sebuah takbir...
suci sebuah ikatan...





raya pertama. kami mulakan dengan aktiviti biasa keluarga saya selepas solat raya. salam-minta maaf-bagi duit raya session. dan diakhiri dengan family photoshoot sebelum menyerang saudara mara lain.

tapi kali ini, berbeza sungguh rasanya. mungkin kerana saya terlalu rindukan suasana ini lantaran tahun lepas saya tak merasainya.

mungkin kerana kehadiran beberapa "orang luar" yang baru kali pertama beraya bersama.

mungkin kerana baru kali ini saya rasa ingin menghargainya.

dan entah sejak bila. keluarga saya sudah "sekembang" ini~


tapi sungguh. rasa ini membuatkan saya berdoa dengan bersungguh-sungguh.

semoga masa tidak berjalan.
semoga rasa bahagia ini dikekalkan.
semoga kami sekeluarga dalam lindungan Tuhan.

dan merantaulah ke seluruh pelusuk dunia. takkan kau temui semurni kasih keluarga~




family first.
bring your heart home~
XD


*****



esok insyaAllah beraya di tasik kenyir. bermalam di atas bot. memancing. mandi air terjun. jungle trekking. dan aktiviti-aktviti lain yang saya tak dapat bayangkan.

kelakar, sebab hari raya kedua tapi saya hargainya. sangat. sebab rancangan ini semata-mata meraikan saya yang baru pulang dari rantauan.

family gathering. satu family lengkap. itu yang penting.

dan abang-abang. memang. semalam mereka tidur pukul 3 pagi. sembang-sembang kencang sambil pasang-pasang joran. semangat betul nak memancing sampai beli 3 batang joran baru. padahal hari ni baru raya pertama.

dan esok. saya nantikan harinya~




besar agungMu Tuhan...
kerana rasa ini...
dihargai menghargai...

20110827

Qadr~

dalam sejarum kasih...
ombak berderu indah...
alpa secebis rasa...
gugat sebuah setia...






gugup sang bintang
kejora sebuah malam
rintik halus menerpa
bukti cinta sang awan

malam
cerahmu dengan ceria sang bulan
malam
dukamu tanpa cahaya si bintang

jujur sirna
pengharapan seorang hamba
pada penghulu segala malam
penghulu seribu bulan




27 ramadhan 1432
00:33
sinar sebuah pengharapan~



*****



إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
  
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar



وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa engkau dapat mengetahui apakah kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?



 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan



تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ 
 
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)



 سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

 Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar



-alqadr: 1-5-




nota kaki 1: selamat menjadi pemburu malam seribu bulan~!

nota kaki 2: housemate merangkap bestfren merangkap kakak merangkap anje insyaAllah bakal melangsungkan perkahwinannya september ni. semoga segala urusannya dipermudahkan. dan selamat menempuh alam baru~ isk. T_T

nota kaki 3: takut malas, tak ada masa dan seribu alasan lapuk lain, saya ucap siap-siap la. selamat menempuh baki Ramadhan. selamat bergraduasi lulusan taqwa. dan selamat menyambut hari kemenangan. semoga rahmat, maghfirah dan perlepasan dari api neraka milik kita. maaf zahir batin~!

nota kaki 4: jemput datang beraya di rumah. tapi raya kedua dan ketiga bakal dinikmati di atas bot di tasik kenyir. sila datang selepas-selepas itu~ =D



manisnya hilang...
sisa sebuah rahman...
agung sebuah rahim...

20110825

muhaddisa~

luka hati hitam...
gelap kusam...
cahaya hidayahNya...
bersinar...






“Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah.

Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tetapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad saw ialah kehidupan kesempurnaan.

Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, saleh dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad saw menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak dewasa sedikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah.

Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Taif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan janda-janda di dalam masyarakat.

Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannya di dalam siasat peperangan.

Baginda mengerjakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara, jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw, sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.

Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai.

Pendek kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad saw di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepemimpinan, memberi nasihat dan mengimani solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan beradab.

Begitulah di dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad saw dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan dan kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad saw terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun.

Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan nabi Muhammad saw yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia." - isabella.


*****



isabella,
seorang puteri kristian yang fanatik, ilmuwan dalam teologi berakhir sebagai seorang ahli hadis yang ulung di cordova.

betapa, Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki~



أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله~






dengan kehendakNya...
atas kun...
fa yakun...

20110821

memoir sang eiffel~

bila ditanya...
tentang sesuatu perkara...
hanya diam jawapannya...


bagai hikayat cinderella,
bila jam berdenting 12,
gemerlapannya memukau suasana~

kadang resah hati
sembunyi dalam diri
lantas keluar riang
litup ringan sebuah pura

akhirnya digali sang setia
tanda akhir sebuah derita




nota kaki 1: rindu malam itu. kembara sesat-menyat-sampai-hotel-terus-subuh. dan eiffel tower, katanya menara cinta(?) =D

nota kaki 2: tapi saya berbesar hati kalau ada yang sudi membalas coretan buruk saya ni. menafsir apa yang difahami(?)



kerana yang terbaik...
pasti dari sisiNya...
pada aturan yang tersedia...

20110819

the words once said~

jalan liku indah dunia...
terpesona pada beza...
mahar sebuah hidup...





the words once said
fly to the sky
watching me from a distance
up there high

the words once said
mocked me out
in seldom remembrance
of my weakened soul

the words once said
now i know
will guide me close
if the fearer i get 

to Him





19 ramadhan 1432
05:37
wrecked dawn~



*****



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ  

O YOU who have attained to faith! Why do you say one thing and do another?
 

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Most loathsome is it in the sight of God that you say what you do not do!


-assaff: 2-3-   
 




nota kaki 1: mungkin saya lupa, sakitnya ditampar dengan ayat ini. semoga Allah kurniakan kekuatan, benih kepada kecintaan~

nota kaki 2: saya serius kali ini. sungguh-sungguh serius, insyaAllah~

nota kaki 3: cis. tiba-tiba rasa rajin pulak blogging. mentang-mentang tak exam~ =D



dan aku pilih...
jalan itu...
kupilih jalan berliku...

20110818

imaginasi~

ternyata...
pada tangan mereka...
kapal kertas itu...
takkan pernah tenggelam...



Bukit Gambang Resort City


"kakak, abang, hana, syasya. buat apa dalam bilik tu? bukak pintu, cik in nak masuk~" saya mengetuk pintu bilik. hanya ingin memantau budak-budak kecil yang terlalu excited berjumpa. risau apabila mereka berkurung di dalam bilik.

pintu dibuka. hana melompat ke atas katil. hadif berdiri di pinggir katil dengan keropok di tangan. syasya terlentang di atas katil dengan dhia di sisi, mengusap-usap rambut syasya.


"main apa ni? cik in nak join boleh?"

"main papa mama. ni papa. hana jadi mama. dhia kakak, syasya jadi adik. cik in nak jadi apa?"


saya tergamam. kak ju melangkah masuk, memandang saya.

"papa nak pergi kerja dah?" hana mengambil tangan hadif, lalu dicium. saya dan kak ju ternganga. hadif keluar dari bilik dengan langkah selamba, mengunyah keropok.

"kakak jaga adik tau. mama nak keluar sekejap. kalau adik nangis, kakak jerit nama mama, ya?" hana berpesan dengan lagak seorang ibu. dhia mengangguk patuh. syasya masih berpura-pura tidur.

"dik, nangis dik." dhia berbisik perlahan, mencuit syasya.

"uwekkk..uwekk~"

"mamaaaaaaa~! adik nangissss~!" lantang suara dhia menjerit. hana terkocoh-kocoh masuk lalu melompat ke atas katil. menepuk-nepuk lembut bahu syasya.

"adik nak cicit (susu) ke?"

saya dan kak ju berpandangan. lalu ketawa.

"pandai betul kecik-kecik macam ni. tinggi imaginasi tu~!" kak ju mengulas. saya tergelak besar. hana keluar lagi bila syasya berterusan 'menangis'. mencari 'suami'nya mungkin. =D


*****


dunia kanak-kanak, indah bukan? 2 hari di Gambang Resort City, kerja saya memerhatikan mereka. kerana pada mereka ada hiburan yang membina jiwa. kadang juga terasa, pada mereka ada bayangan belasan tahun yang lampau. bayangan diri sendiri.

terhibur dengan keletah mereka yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh kita kanak-kanak seusia mereka boleh sampai ke tahap seorang dewasa. kanak-kanak seusia mereka 'berkahwin', 'mempunyai anak', 'bekerja' dan 'memasak'.

ukhuwah mereka juga semantap orang dewasa. sentiasa ingin bersama. bertolak ansur dalam menolak pelampung, berlayar di kolam. berpimpin tangan ke sana sini. berkongsi semua yang dimiliki.

"cik in, jom beli empat aiskrim. hana satu, syasya satu, adik dhia satu, hadif satu~"

ternyata, pada tangan mereka, kapal kertas itu takkan pernah tenggelam~

indah dunia yang mereka ciptakan, hasil keindahan dunia yang kita tunjukkan. 'perkahwinan' mereka adalah hasil perkahwinan ibu bapa. semuanya ditiru dari dunia sang dewasa, diterjemahkan ke dalam dunia kanak-kanak mereka. hasil yang membuahkan tawa.

kadang terfikir, seceria inikah hidup si dewasa melayani keletah kita suatu ketika dahulu? saat kecil kita mewarnai dunia sendiri? saat kecil kita membayangi hidup si dewasa yang mungkin terkenangkan silam mereka?

dan secara tidak langsung, saya terpukul. Allah menghadiahkan kita, orang sekeliling. supaya kita sentiasa muhasabah. sentiasa beringat. kerana putaran hidup seorang manusia tetap begitu. asal lemah dan akan kembali lemah. kerana hanya Dia yang maha dan kekal kuat.

Allah menghadiahkan kita orang sekeliling. yang sentiasa membayangi diri sendiri. sama ada kita pernah melalui atau akan melalui. seusia 20 tahun, kita telah berjaya melakar cerita yang kini hanya tinggal kenangan yang jika terusik akan meleretkan senyuman atau keluhan panjang.

dan Allah menghadiahkan kita orang sekeliling. sebagai pedoman untuk kita terus melakar hidup. seusia yang akan datang dengan akal pinjaman. kerana kita dihadiahkan orang sekeliling, dan pada masa yang sama kita juga merupakan hadiah kepada orang sekeliling. keterikatan yang tidak akan pernah putus.

cuma beza lakaran kita dahulu dan kini, ternyata pada tangan kita, kapal kertas itu pasti akan tenggelam~



cuma kini...
lakaran hidup pasti...
pada tangan kita...
dengan ketentuan Ilahi...

20110816

selembar kenangan~

kadang dicucuk sayu...
dicuit rindu...
tatkala kenangan itu...
dipandang...



amaran keras: ini sekadar coretan kosong~


selepas dua bulan lebih, kali ini baru saya berani melangkah masuk ke bilik itu. bilik yang pernah saya diami buat sekalian lamanya. dan baru kali ini saya berani mengusik meja study itu. yang menemani belajar saya siang dan malam. sejak tahun 2001. meja itu hadiah dari ibu bapa saya setelah berjaya dalam peperiksaan PTS. ah, sudah 10 tahun rupanya usia meja itu~

mengusik meja itu, bermakna saya mengusik kembali kenangan-kenangan lama. meja itu hanya dijadikan tempat menyimpan barang-barang kenangan. hadiah pemberian, buku contengan, gambar kenangan yang tidak terusik oleh sesiapa kecuali saya. dan hari ini saya kuatkan hati membersihkan habuk 2 tahun. dan saya kuatkan hati untuk membuka kenangan lama yang tersimpan lebih 2 tahun~

ternyata kenangan lalu terlalu manis. menerbitkan rindu yang terzahir dengan senyuman kecil. kadang tergelak sendirian. saya akui. 'hidup' saya dahulu sangat berbeza dengan sekarang. 'diri' saya terlalu berbeza. dan kadang saya keliru, mana yang lebih saya rindu.

sungguh. saya rindu pada kenangan lalu. saya rindu pada lyn yang suka menconteng buku nota saya. melakarkan bait-bait indah. menyokong segala tindakan nakal saya.

saya rindu pada suasana asrama. walaupun hanya 2 tahun menghuni, ia mengajar saya suka duka bersahabat. mengajar saya tersengguk dalam kelas. mengajar saya berdikari dengan lebih lagi.

saya rindu pada mpp. yang mengajar 'kepimpinan itu satu komitmen'. mengajar erti kerjasama. mengajar untuk bersabar. mengajar untuk bersama mengajak.

saya rindu pada surat-surat layang. surat berbait indah yang ditinggalkan di bawah meja tanpa nama. yang kemudiannya 'hilang' dicelah buku teks.

saya rindu ditengking faci tatkala MHS di dq. dimarahi guru tasmik. ditarbiyah tasik huffaz. tebuk dan iadah dengan ummu. dan mendengar celoteh liyana tentang 'senior' mansoura.

dan dalam mengenang, saya sedari sesuatu. sepahit mana pun kenyataan. segetir mana pun pengalaman. tatkala berlalunya ia menjadi kenangan, ia lebih manis dari madu.

mungkin ketika itu saya resah. berhadapan dengan sesuatu perkara itu membuatkan saya gundah. air mata mengalir berselang pasrah. tapi jika hari ini saya terkenangkan saat itu, manisnya ia mungkin meleretkan senyuman. membuahkan tawa.

kita takkan mampu menghargainya saat ia berlaku. cuma yang pasti, kita akan merinduinya setelah ia berlalu~

ternyata masa terlalu cepat berjalan. dan rencana Allah terlalu hebat terbentang~




nota kaki: ini kali pertama coretan saya tidak bergambar~ beace~! ^^



layar kehidupan...
memaknakan erti...
mendiam sunyi...
dalam hati...

20110814

rindu~

laksana langit mencengkam purnama...
ibarat mutiara di lautan biru...
saujana mata memandang...
seluas langit terbentang...





dulu bila rindu...
aku merenung langit...
berbicara dengan bulan...
dengan harapan...
kau di sana turut berbicara...
berkongsi bulan yang sama...

kini bila rindu...
aku menadah tangan...
berbicara dengan Tuhan...
dengan harapan...
kau di sana turut berbicara...
berkongsi Tuhan yang sama...

kerana jelas...
sejauh mana kita terpisah...
sehebat mana rindu mendesah...
selalu ada Dia yang menghubungkan...



 nota kaki: hey Ro~! puisi ini untuk kamu, tahu?



tatkala cinta berbisik...
suaranya memuji Tuhan...
pabila rindu terusik...
rasulNya jadi pilihan...

20110809

klate~

gelak tawa riang...
datang dari hati...
dengan hikmah mengiringi...


suatu petang yang damai. diiringi titis hujan. setelah puas gelak tak ingat dunia.

"wawa. sini jap. kak in nak tunjuk sesuatu jap. hehe~"

"???"

"hahaha~ wawa tak faham ke? sakit usus kak in gelak, wawa tak faham?"

*gelak golek guling (3G)* ^^


*****










*****


somehow somewhat, i came across. wawa tak faham pun dialog-dialog di atas sedangkan saya boleh faham dengan baik. baru saya rasa beruntungnya saya bertemu dengan ramai kawan dari pelbagai negeri, dengan pelbagai 'lahjah'. baru saya perasan yang family zamzam saya paling ramai dari kelantan.

ini baru bahasa dari negara yang sama. syukur lagi saya bila direzekikan berpeluang menjejak negara luar. bertemu dengan pelbagai bangsa yang bertutur dalam pelbagai bahasa.ciptaanNya supaya kita dapat saling berkenalan. tiada titik perbezaan. melainkan kayu ukurnya hanyalah taqwa.

apapun, serius. komik ni buat saya jatuh cinta pada oghe baso klate~! ^_^




mata hati...
semoga kau hidup kembali...
untukku tabah meniti hari...

20110808

the lost~

hilang sejuta rasa...
tatkala rasa teruja...
mendiam seribu bahasa...


she stared hopelessly. that little thing was glued to her place. unmoved. she touched softly with her hand, expecting her to pop out her eyes and give her a beautiful smile. yes, she hoped that but the little remained still. she sighed. a red, sticky fluid was felt under her. flowing continuously. she wiped.

and she couldnt longer bear the tears. she finally cried~


*****


ingat tak ada satu post bertarikh 18 mei 2011 yang tak lengkap, saya janji nak update betul-betul tapi sampai sekarang post tu tergendala. well then. i guess this one should be the post. as promised. as requested by ahsi~ =)

sebenarnya, seminggu selepas tarikh post tu, atau lebih tepat lagi tarikh lahir The Kids, Ray hilang. tanpa jejak. saya betul-betul bingung dan tak pasti macam mana Ray boleh hilang. sepanjang hidup saya bersama Ray, dia tak pernah menjejakkan kaki ke luar rumah. never.

last picture taken before she lost~
Ray berperibadi penakut. kalau kami terima tetamu, pasti dia hilang bersembunyi di mana-mana. kalau tetamu yang ingin berjumpa Ray, kamilah yang kena bersusah payah mencekup si gemuk ni. tapi Ray kalau dengan kami, manja je. cuma dia tidak se'sosial' Ro. tidak semesra Ro dengan orang yang dia tak kenal.

kami cari juga Ray dalam sibuk persiapan menghadapi final exams tapi tak berhasil. Ray seolah-olah 'hilang' begitu sahaja. sayu dalam redha, kami pasrah. she must have been somewhere better than here. she must have gone for good. semoga Allah jaga Ray~

Eric dan Erin. saya terima khabar gembira. mereka sihat di bawah jagaan tuan baru mereka. saya sendiri terjerit kecil melihat gambar terbaru mereka selepas hampir setahun terpisah. mereka sudah besar panjang dan mempunyai anak sendiri~! ^^

erin, the princess~

lama betul saya tak update mengenai mereka. saya diceritakan, Erin selamat melahirkan 4 ekor anak juga pada 17 mac 2011. papa mereka si Eric. tak payah la timbulkan isu sumbang mahram di sini. kihkih~ =p

eric~ waaa..hensem gile~! ^^

what excites me, anak-anak mereka semua ikut warna mereka. well, of course it's supposed to be like that. tapi kelakarlah. saya rasa gene Ro sangat kuat kot~ ^^

but among those 4, only 1 survives. named Tomi. =.=! mujurlah Eric Erin bukan milik saya lagi. kalau tak, nak juga saya ubah nama 'cicit' sulung saya tu. bagi la nama yang ada huruf R~!

cicit pertama~ hohoo~^^

Tomi jantan. sihat dan smart. macam papa dia. bulunya banyak warna putih dan ekor dia semua warna oren. first time tengok, lawak gila rasa. but then tiba-tiba saya rasa rindu. i wish i could hug them. all of them.

alahai laaa~ ^^

the other kids, saya tak tertanya pula apa sebab mereka meninggal. entah. saya harapkan Eric, Erin dan Tomi sihat-sihat sahaja. di bawah jagaan tuan baru mereka. saya yakin mereka dijaga dengan baik, insyaAllah~

Ara, well. she was the long lost child. i know nothing about her except i know, He take good care of her~

the long lost ara~
ni post tertangguh. apa-apa pun, Eric, Erin, Ray dan Ara, happy belated birthday. even this means i lost you guys, all of you would always be my most memorable memory. always and forever in my heart~


and all praises be to Allah, the day i accepted Ray's loss, i was given an extremely good news. He took Ray, but He gave me little Rays. and yes, Ro's pregnant~ ^^

few days of pregnancy, i guess~ ^^
cuma yang menyedihkan, perut Ro membesar tanpa saya di sisi. Ro and her 2nd generation kids terpaksa melalui hari-hari sukar tanpa saya di sisi. atau sebenarnya saya yang terpaksa melalui hari-hari sukar tanpa Ro di sisi. and yes, it hurts.

it hurts to watch her from far. it hurts to just stare at her pictures. it hurts not to hug her when i need it. or when she needs it. it hurts when we miss each other. it hurts when she tried looking for me and i was worried to death losing her for one week. and at that time, i could do nothing. except cry and pray.

and the most. it hurts when she delivered her baby without me by her side. she bore the pain herself. the pain of giving birth. and the pain of losing them.

the only ro's 2nd generation, Riya~


Riya.
Date of Birth: 13 july 2011
Rest in Peace: 13 july 2011
and me myself. i bore the pain of watching her from a distance. i couldnt hug. couldnt kiss. couldnt calm her down when she lost the only one that she could give birth while the others shed into red liquid in her uterus. the only i could do was to whisper from this distance,

"Ro, you lose them. but you always have me by your side. always~"


*****


she stared hopelessly. that little thing was glued to her place. unmoved. she touched softly with her hand, expecting her to pop out her eyes and give her a beautiful smile. yes, she hoped that but she remained still. she sighed. a red, sticky fluid was felt under her. flowing continuously. she wiped.

and she couldnt longer bear the tears. she finally cried~


ni gambar kedua saya tengok  mata Ro berkaca.
the first one semasa Ro ditinggalkan di kedai pet.
and yes, it was a mistake~



hilang pada jarak...
terpisah sementara...
terus diduga...

20110806

lesen ramadhan~

sakit yang menusuk...
ibarat kosong yang kontang...
rasa, lihat...
tapi tak mampu bergerak...



hidup ini tak ubah seperti dalam tempoh mengambil lesen. menambah 'latihan' demi 'latihan'. untuk lancar ke hadapan. mengulang-ulang perkara sama. supaya 'masyi'. dalam perbuatan. dan perkataan. dan ya, kita sebagai pemegang 'lesen L', masih takut-takut. gusar untuk bertemu 'pegawai JPJ' untuk 'driving test' bagi melayakkan kita memegang 'lesen P' sebelum diberikan kepercayaan untuk bebas 'memandu'.

ramadhan, bulan terbaik untuk kita mengambil lesen. tempoh ramadhan, adalah tempoh '6 jam seminar' sebelum mengambil 'ujian teori berkomputer'. maka biarlah ramadhan menjadi permulaan terbaik untuk kita 'overview' kehidupan. reset segala 'agak-agak' kita tentang cara 'memandu' dan 'score' markah taqwa untuk memastikan lesen L dalam tangan setelah 'beberapa' kali latihan.

kerana di sini sebenarnya bermulanya perjalanan kita~

Allah tak jadikan 'tanda-tanda jalan', 'traffic light' mahupun 'garisan' pada jalan sebagai sesuatu yang sia-sia. wujudnya mereka menjadi peringatan dan pedoman. supaya kita sentiasa 'alert' pada keadaan sekeliling. bagi mengelakkan kemalangan.

Allah juga tidak ciptakan 'brek', 'cermin pandang belakang', 'stereng', 'cermin sisi', 'gear' dan 'pedal minyak' sekadar suka-suka. melainkan untuk kita guna bagi memastikan 'kereta' yang kita bawa sentiasa dalam kawalan. 'arahan' jalan raya dipatuhi. dan kita selamat sampai ke 'destinasi'.

di sisi kita sentiasa ada 'pemandu-pemandu' lain. yang membawa kereta dengan pelbagai ragam. memintas, mengacah kita yang mungkin bergerak perlahan dek 'baru' bertatih. kadang membuat kita memandang sayu, melangut lemah, membayang mampu.

tapi jangan lupa, di sisi kita juga ada pemandu-pemandu yang sama membawa lesen L. yang gigih bersaing. membuatkan mata kita bercahaya dengan harapan. bergerak dengan keyakinan. menyalurkan kekuatan. kita sama-sama 'merangkak', dan suatu hari nanti, kita akan sama-sama 'memecut'.

memegang lesen L, kita disyaratkan untuk sentiasa bersama 'guru memandu' ketika sedang memandu ataupun lesen kita akan dibatalkan. besarnya peranan guru memandu sebagai pembimbing dalam tempoh kita 'berlatih memandu'.

dengan 'guru memandu' di sisi, kita diarah 'menukar gear', 'menekan brek', memberi 'signal' ke kanan atau kiri dan juga kita diarah untuk berhemah. kerana kita dikelilingi 'kenderaan-kenderaan' yang turut berkongsi jalan raya yang sama. yang ingin sama selamat sampai ke destinasi, meskipun melalui jalan yang berbeza.

guru memandu memastikan usaha kita adalah 'ahsanu' sebelum bertemu 'pegawai JPJ' bernama izrail. supaya tempoh 'memegang lesen P' di dalam kubur nanti, kita tiada masalah. dan selepas tempoh yang dijanjikan, kita dapat menukar kepada 'lesen kekal' di mana kita bebas 'memandu' di syurga.



nota kaki 1: banyak yang tersirat. kalau pernah ambil lesen mungkin mudah faham tapi tafsirlah sebebasnya~ =)
nota kaki 2: cik nima, i beat you 1 mark dalam exam teori tu~ kihkih~ =p



dan perit yang menikam...
ibarat hidup yang mati...
fikir, tahu...
tapi lemah terpaku...

20110803

activating faithbook~

datang dan pergi...
yang ditangisi...
hamba rabbani...
bukan ramadhani...



beku hati dalam nurani...
kuharap mencair...
dek panasnya ramadhan...
dengan seribu berkatnya...

gelodak jiwa berteman nafsu...
kuharap digenggam...
dek titahnya ramadhan...
dengan seribu maghfirahnya...

fitrah pangkat seorang hamba...
terus sujud hina...
terus menadah meminta...
kumohon kembali...
dek janjinya ramadhan...
dengan seribu pintu syurga...




اللهم لك الحمد أن بلغتنا رمضان~



cuma dalam diam...
berbisik lemah...
semoga tahun ini...
jauh, jauh lebih baik...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .