RSS

20110617

gerhana hati~

saat rembulan itu dilitupi...
dalam diam aku berdoa...
semoga cahayanya...
dapat kutatap kembali...





gerhana bulan...
Allah berbicara...
menunjukkan kuasa...
agungnya Dia...

gerhana insan...
monolog bersuara...
lemah hamba dhaif...
tidak berupaya...

dan dua itu sama gerhana...
tapi berbeza makna...


*****


gerhana hati itu saya.
 titis air mata.
mengalir tanpa henti.

rindu saya rupanya bukan kosong.
rindu itu bersambut.
saya dan dia sama mencari.

pada kamu mungkin dia binatang.
pada saya dia teman.




nota kaki: antara doa pertama yang saya angankan depan kaabah, agar dia menemani sehingga akhir pengajian saya di jordan. admin lama mencari diri yang hilang, mungkinkah admin baru ingin turut sama menjejaki? mohon doa semua. Allah~




dan saat mata itu berkedip...
dalam diam aku berdoa...
semoga pekat hitamnya...
dapat kuselam kembali...

20110615

........

keras bukan gagah...
jauh sekali tabah...
tapi keras itu padah...




itu aku.
yang terlalu menyerah.
resah keluh gundah.
kelana dalam jiwa keras.
hitam.

itu aku.
langit cintakan bumi.
pungguk angankan bulan.
3a9i mimpikan syurga.
gila.

itu aku.
bohong menjadi lumrah.
kerana tulisan hanya terkurung dalam perenggan.
tidak lahir dari kehidupan.
apatah lagi untuk kehidupan.




nota kaki: hujung bulan ini, rindu haramain akan terlerai, insyaAllah. maafkan salah silap bagi yang mengenali saya ataupun tidak. terluka dengan perbuatan. mungkin juga dengan tulisan. siapa tahu saya mungkin tidak pulang-pulang?



 
mana mungkin...
angan itu berbuah...
tanpa sakit mujahadah...

20110613

antara dua~

hidup ini...
selalu antara dua...
kita yang memilihnya...



cerita kanak I


"syasya panggil hana, 'hana', kak ju? kenapa tak panggil kakak ke, along ke?"

"entah. puas ajar dah tapi tak ikut. hana pun bahasakan diri dia hana kat syasya."

si adik yang kuat membuli. dan si kakak yang selalu mengalah. apa yang si adik nak pasti dapat. kuasa menangisnya lebih hebat. dan si kakak yang dianggap telah 'besar' dipujuk agar selalu mengalah. dan hana memang selalu mengalah. dan kami pula mungkin lupa, hana tetap seorang kanak-kanak.

"hana nak main phone ibu tak bagi! hana nak tengok balik cerita tadi pun ibu tak bagi! ibu tak sayang hanaaaa~!" letusan seorang kanak-kanak 'besar'. mungkin kerana asyik si kakak yang dihalang. lupa. sebesar mana pun hana, dia masih seorang kanak-kanak. lupa. apa agaknya isi hati dia.

syasya. cerita 2011. uhh. berjaya jugak saya~ haha~ ^^



cerita dewasa I


"intan. tengok ni lepas tu teka apa dia. cepat la. mesti intan dah belajar ni."

kutil kecil merah. pada pipi hafiy. ah sudah~ gigit nyamuk ke apa?

"err..haha. entah. sihat je hafiy ni. tak ada simptom apa-apa kan?" garu-garu kepala. sengih-sengih.

"doktor tu kata hemangioma. manalah kak sya tahu. doktor apa intan ni, benda ni pun tak tahu. benda ni boleh hilang tak?"

ohh. macam pernah dengar. garu-garu lagi.


"err..tumor ni kan? yang berkaitan dengan blood vessel. alah! lupa laa. tak pe je. kalau patient datang belek slide laa. hehe~" gila loyar buruk nak cover study yang tak bersungguh. padan muka diri sendiri~! Y_Y

belakang tabir, tanya encik wiki. ah, bendalah ni rupanya. itulah. jadi budak medik lagi. belajar pun baru sekerat jalan,orang dah anggap doktor. lepas ni taubat tak balik malaysia~




cerita kanak II


sesampainya di airport sultan mahmood, terengganu. dua keluarga menyambut saya. drama kat airport tak payah ceritalah. cuma si kecil tiga beradik tu. bukan main lagi peluk tak lepas. risau agaknya kena sekeh. haha~ tapi part paling best, si hafiy yang saya tak pernah jumpa baru je cubit pipi dah terkam minta dukung. siap genyeh-genyeh muka pada tudung saya lagi.

kakak cerita, dhia menangis minta telefon saya semula selepas kejadian itu. baru teringat, mungkin. alahai la. mustahil juga dia boleh lupa cik in dia ni. gurauan kasar kot. haha~ ^^

kat rumah lagi tiga budak cilik bertamu. uih. bergegar rumah. masalah bila aunty diorang pun sekali turun padang bermain macam budak-budak. petang keluar ke pantai tok jembal. makan-makan seafood celup tepung. main-main kat playground. jalan-jalan tepi pantai. naik-naik kuda. tengok-tengok sunset. haha~ ^^

paling lawak, si dhia yang berusia 5 tahun, berawak-saya dengan si afiq yang berusia 3 tahun. afiq ni pun, dah berapa kali ajar 'kak dhia'. tak lekat. mentang-mentang lagi tinggi dari dhia. berawak saya tuuu~ kehkehkeh~ =D




cerita dewasa II



"intan, lepas ni nak jalan mana? kak gee nak kirim beg tangan. pergi france la." uihh. beg tangan?

"intan dah pergi france tahun lepas. ingat next break nak pergi UK."

"lah. ye ke. france orang kata beg tangan jenama **** elok kan kat sana. kalau intan nak ke UK, kak gee nak kirim baju barbie la. kat sana baju ori murah-murah."

"boleh-boleh. nanti intan pergi, kak gee pesan la. beg tangan tu, kak gee bagitahu semula la jenama apa. ramai je kawan-kawan intan tak pergi lagi france. kalau diorang pergi intan boleh minta tolong."

berbasa-basi seadanya.  hati dah berpeluh. bab beli-beli macam ni, bukannya saya reti sangat. nak-nak main jenama segala. handbag? saya pun pakai bagpack je. (=.=!)



*****


entahlah. antara dua pilihan ini, saya cenderung menjadi ka*ak-ka*ak. atau mungkin sekadar di pertengahan. untuk menjadi dewasa, saya masih teragak-agak.

mungkin juga dewasa itu bukan satu pilihan.

mungkin.




nota kaki 1: wah~! cerita kali ini, menaip sambil ditemani hujan. sejak balik terengganu kerap hujan kat sini. best sungguh~! ^^

nota kaki 2: baru 8. tak lama lagi tambah lagi 1. ah sudaahhh~ ^_^" 





dan selalu...
jika kita tidak membuat pilihan...
pilihan akan menghasilkan kita...

20110610

azul~

rindu itu...
apabila dibisikkan...
kuharapkan ia sampai...



rindu sebenarnya. pada Ro. pagi-pagi, tiada lagi Ro panjat-panjat badan. pijak-pijak. kejutkan saya untuk bangun subuh. biasa dia kejutkan time azan. pernah juga sebelum azan. kadang-kadang kalau mengantuk sangat, saya angkat dia, letak kat luar bilik, tutup pintu, sambung tidur. haha~ ^_^"

kadang-kadang, kalau saya tertidur tanpa dia, dia akan cakar-cakar pintu bilik saya untuk kejutkan subuh. kalau saya keluar bilik je, mesti kena acah dia dulu. main-main dengan dia. biasa letak je tangan kat dinding. tengok mata dia contract and dilate. indah betul.

kalau saya nak masuk tandas je, mesti berebut dengan dia. mesti dia masuk dulu panjat sink lepas tu berebut lagi paip air dengan saya. time saya nak gosok gigi ke, ambil air sembahyang ke, sibuk la dia nak minum air. kadang-kadang kami share je. dia tengah minum, saya tadah je air buat kumur-kumur ke. ambil air sembahyang ke. dan saya akan senyum. sebab Rasulullah buat benda-benda ni dengan kucing baginda, muezza.

kalau saya nak ke jamiah, sebelum keluar saya akan ke ruang tamu. time ni mesti dia akan datang, geliat dan panjangkan badan dia pada saya sambil cakar-cakar asah kuku pada jubah saya. dia akan buat macam tu sampai la saya gosok-gosok kepala dia, bagitahu yang saya dah nak keluar. kemudian dia akan guling-guling depan pintu rumah ketika saya pakai kasut dan saya kena kata, "tata Ro. nanti kita jumpa lagi, ya~"

bila saya balik, mesti dia sambut. bila saya masuk dapur nak makan ke, nak masak ke, sibuk la dia sekali. nak makan juga padahal makanan dia ada je dalam bekas. time dia makan, kadang-kadang kena usap-usap belakang dia kalau tak, dia tak nak makan. mengada, kan?

kalau saya tak layan dia sangat, ada la dia buat nak memberontak. gigit-gigit kotak lepas tu sepahkan ke. panjat-panjat almari ke. paling syok, time saya study, dia melentang atas meja, depan saya atas buku~! =.=!

tak cukup tu, kadang-kadang dia buat onar kat rumah jiran, masuk melalui tingkap dapur. jiran saya dah la ada yang sangat takut kucing. memang la tak pandai jaga maruah saya Ro ni~!

kalau saya membebel, pandai pula dia jawab. lepas tu buat muka sedih. merajuk la. buat-buat termenung la kat beranda. paling sedih, dia tidur depan tandas atas pelapik. kalau saya tengok dia, dia tengok je saya. buat mata sayu la konon. harapkan saya angkat dia letak atas katil.

hari tu sebelum balik, dia ugut saya. nak terjun bangunan sebab nak tinggalkan dia lama. uisy. bukan main lagi budak ni. katanya kalau dia terjun, bukan dia seekor yang mati. anak-anak dalam kandungan dia sekali. paling kurang empat ekor cucu saya terkorban. pandai betul budak ni~! kasi saya sakit jantung tau~! terjerit-jerit saya suruh dia masuk semula.

seminggu kat malaysia, saya hanya mampu gamit memori-memori ini je bila masuk keluar bilik. ke tandas. mahupun keluar rumah. tiada lagi Ro~

sebenarnya saya terkilan. hari tu sebelum balik, saya tak sempat nak cakap baik-baik dengan Ro. yang saya akan tinggalkan dia sekejap je. saya pasti akan ambil dia semula. bukannya nak serahkan dia kat sesiapa pun.

sebelum masukkan dia dalam cage pun, dia dah rasa. kuat betul dia melawan padahal masa tu saya baru kata, "Ro, nanti behave ya~" cage pun tak bukak lagi masa tu. sedih betul. sebab saya tahu, dia ada memori buruk dengan cage tu. masa tu saya kelam kabut. flight malam tu. barang-barang tak sudah packing lagi.

dan hari kedua di malaysia saya dapat gambar ni. gambar Ro. dan saya sedih sangat. heart broken tengok muka dia macam ni. nampak sedih je.



"Ro, maaf ya~ time will fly very fast. we'll meet again soon. intan tak sabar nak jumpa Ro and your 2nd generation kids~ ^_^"



dan azul. haha~ =D
sebenarnya, dalam cerita Barbie as the Island Princess, Azul antara kawan baik Ro. dan Azul ni, merak yang abah bela belakang rumah. sekarang saya dalam proses berbaik-baik dengan Azul. Ro tak ada, Azul pun jadi laa~ pengganti sementara Ro~ ^^

bising betul budak sombong ni. pantang kereta lalu lalang, berbunyi la dia. tak kira siang ke malam. haha~ kalau time dia tunjuk bulu kembang dia, mak aih~ show off habis~!^^

at least, when i talk to Azul, i feel like talking to Ro. it's more than enough for now~ =)


Ro, i miss you~



nota kaki: saya kebudak-budakan sangat ke?





dan sayang itu...
meskipun berjauhan...
ia tetap bercambah...

20110608

hakikat bayangan~

diam aku...
tidak terungkap...
biar saja mataku disaji...
mungkin...





dari bawah kau memandang...
awan yang memayungi...

dari atas kumemandang...
awan yang mendasari...

hakikatnya...
kita tetap sujud pada Tuhan yang sama...




03 jun 2011
10:54
kekaguman yang senantiasa~



nota kaki: dan sunrise dan sunset. again in plane. memang tak pernah mengecewakan. alhamdulillah~





dan biar saja hatiku berdetik...
monolog demi monolog...
mungkin...

20110605

REPOST: let US break the siege~

nota tangan 1: penangan cerita Valley Of The Wolves Palestine yang ditonton tengah malam selepas exam final RS. konon-konon tak ada mood nak study gara-gara Ray hilang. saya teringat. cari-cari dan repost. semoga bermanfaat.


nota tangan 2: alhamdulillah selamat tiba di malaysia. negeri sendiri. kepanasan melebihi negara jordan. oh seriuuuussss~ ^_^"


nota tangan 3: Rindu Ro. her expression breaks my heart. Ro, sekejap je ya. jangan sedih-sedih. nanti intan datang ambil semula. i promise~



*****


a zero to hero...
sedar tatkala kita alpa...
alangkah baiknya kalau...
saya
yang meninggal...


semalam biro isu semasa PMK PERMAI menganjurkan satu talk. bukan sebarang talk. tapi melibatkan isu hangat semasa. LL4G. dan bukan calang-calang orang yang memberi talk ini. tapi mereka yang pulang membawa nama. wira dunia.

ya, cerita mereka tidak asing lagi. hangat menembusi satelit dunia. bumi irbid yang dilanda demam final exam tidak menjadikan itu satu alasan untuk menjadi kera sumbang. melepaskan peluang berkongsi pengalaman dengan mereka yang menyaksikan, merasakan dan mengakui. israel memang israel! satu realiti!

serius selepas pulang dari talk itu, saya merasakan satu kepuasan. satu kesyukuran. dan satu persoalan. saya puas kerana dapat mengetahui live dari individu-individu yang merasai sendiri diserang dan ditawan israel la3natullah. individu-individu yang mengenali dan menyaksikan busuknya hati manusia yang bergelar yahudi la3natullah itu.

seperti kata-kata salah seorang aktivis itu,

" kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku dan alquran, bagaimana yahudi ini dan melalui pembelajaran itu kita membayangkan mereka. tetapi apabila berdepan dengan mereka sendiri, barulah saya faham bagaimana mereka sebenarnya."
*lebih kurang la maksud yang ingin disampaikan~ ^^!*

pengalaman mereka pengalaman berharga.

dalam perjalanan pulang ke rumah, saya asyik terfikir dan amat bersyukur. syukur saya kerana Allah bagi peluang face to face mendengar pengalaman mereka yang terpilih dalam misi LL4G. bak kata pengerusi majlis semalam, sanad yang diperolehi ni sanad yang kuat. eheh~

dan seriously saya bersyukur sebab Allah mencampakkan saya ke bumi Jordan ni. belajar di sini. mengutip mutiara-mutiara di sini. sungguh aturanNya lah yang tercantik.

pengalaman saya pengalaman berharga.

saya taknak bercerita panjang apa yang mereka ceritakan. kamu boleh baca cerita penuh di laman web Hilal Asyraf, memandangkan beliau menjadi penaip rasmi majlis semalam. ataupun baca quote hero-hero itu di sini atau sini. saya pasti ramai yang bercerita tentang pengalaman semalam. cuma saya ingin berkongsi satu persoalan. yup. satu persoalan.


JANJI ALLAH HAMPIR TIBA. KAMU PERCAYA?


dalam hadis imam ahmad dan diriwayatkan juga oleh baihaqi dari nu'man bin basyir,

Rasulullah saw bersabda,


تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون
ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها

zaman kenabian itu akan berterusan di tengah-tengah kamu selama mana Allah kehendakinya. kemudian Dia mengangkatnya (menghilangkan) jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.


ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون
ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها


kemudian adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 3ala minhaj annubuwwah) dan adanya atas kehendak Allah. kemudian Dia mengangkatnya (menghilangkan) jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.


ثم تكو
ن ملكا ‏ ‏عاضا ‏ ‏فيكون ما شاء الله أن يكون
ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها


kemudian adalah masa kerajaan yang menggigit (mulkan 3aaddhan) dan adanya atas kehendak Allah. kemudian Dia mengangkatnya (menghilangkan) jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.


ثم تكون ملكا ‏ ‏جبرية ‏ ‏فتكون ما شاء الله أن تكون
ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها


kemudian adalah masa kerajaan yang menyombong (mulkan jabriyyah) dan adanya atas kehendak Allah. kemudian Dia mengangkatnya (menghilangkan) jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.


ثم تكون خلافة على منهاج النبوة
ثم سكت


kemudian adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 3ala minhaj annubuwwah). kemudian baginda diam.

saya terkesan sebenarnya. semalam aktivis-aktivis itu, selain menceritakan pengalaman mereka, mereka turut memberi kata-kata motivasi. dan saya akui. apa yang mereka katakan itu benar. pengalaman mereka yang hampir syahid. berhadapan dengan kuasa Allah yang Maha Besar. menyaksikan syahidnya beberapa orang sahabat dari negara lain. cukup meremangkan roma saya.

dan mereka menegaskan, misi mereka bukan gagal. bahkan satu kejayaan. kejayaan membuka mata dunia tentang wajah sebenar israel. dan mereka percaya, jika misi LL4G ini diteruskan walaupun mereka sudah tiada, kamilah yang akan menyambung mata-mata rantai perjuangan mereka. dan saya terkesan.

saya teringat hadis ini. janji Allah yang diungkapkan oleh junjungan kita saw. satu per satu zaman itu berlalu. kita tahu sebenarnya sejarah zaman-zaman ini. pertama yang disebutkan adalah zaman nabi. zaman di mana Rasulullah saw masih hidup yang Allah biarkan selama 23 tahun sebelum Dia mengangkatnya.

kemudian datang zaman yang disebutkan sebagai khilafah 3ala minhaj annubuwwah. zaman pemerintahan yang mengikut jalan-jalan kenabian yang Allah biarkan selama 30 tahun sebelum Dia mengangkatnya.

kemudian datangnya kerajaan yang menggigit (mulkan 3aaddhan). mulkan 3aaddhan ni diterjemahkan kepada kerajaan yang bertahan dalam tempoh masa yang amat panjang. seperti zaman bani umaiyah, abbasiyyah, uthmaniyyah dan seterusnya sehinggalah Allah mengangkatnya.

kemudian datangnya kerajaan yang menyombong (mulkan jabriyyah). mulkan jabriyyah ini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh ketenteraan. sampai satu tempoh yang ingin Allah angkat.

ya, ini zaman kita sekarang. zaman yang dipimpin oleh ketenteraan. zaman di mana umatnya menyombong diri. jauh dari cara hidup islam yang sebenarnya. zaman islam menjadi ghariib (asing). zaman kita.

dan yang pasti, Allah menjanjikan sampai satu tempoh, Dia akan mengangkat kembali zaman ini. dan dijanjikan zaman khilafah 3ala minhaj annubuwwah. zaman yang mengikut kembali jalan-jalan kenabian. zaman kebangkitan islam.



LET US BREAK THE SIEGE!




وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka (umat nabi Muhammad saw) khilafah-khilafah yang mempunyai kuasa di atas muka bumi ini sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa


وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا


dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa


يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا


mereka tetap menyembahKu dan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun


وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

tetapi siapa yang tetap kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik



-annur: 55-




bagaimana KITA ingin memecahkan tembok itu? jika selama ini kita mendengar slogan LL4G untuk menerobos tembok kematian. marilah kita bina slogan untuk diri kita sendiri untuk menerobos tembok kejahilan!

suka saya untuk berkongsi satu status kakak ni kat facebook,

"kita berdoa untuk Gaza tapi solat subuh pun terlepas..kita berdoa untuk Gaza tapi aurat pun tak jaga...kita berdoa untuk Gaza tapi lepas doa keluar/sms dengan makwe/pakwe...kita berdoa untuk Gaza dan mengharapkan doa dimakbulkan?? aduh...Gaza sedang merana atas sebab dosa-dosa kita !!!"



oh, amat terasa, kan? (=,=!)
kita ni umpama pahat, hanya bergerak apabila ditukul. semangat yang hanya suam-suam kuku. tengoklah bagaimana diamnya dunia selepas ini. tidak guna jika hanya bicara yang membakar jiwa, tetapi tidak ditonjolkan dalam kehidupan sepenuhnya. bukankan Allah menyuruh kita masuk ke dalam islam ini kaaffah (sepenuhnya)?


tembusilah tembok kejahilan yang selama ini mempengaruhi hidup kita. dalam kita tidak sedar, jahiliyah itu telah sebati dalam diri kita. betulkan yang biasa jika kita mahu biasakan yang betul.

hidupkan islam dalam diri kita, nescaya islam itu akan hidup di atas muka bumi ini. kadang-kadang kita sibuk membakar kata sedangkan peribadilah yang lebih mencerminkan segala-galanya. tidak bersih islam dengan kotor muslim!

sedarlah, khilafah 3ala minhaj annubuwwah itu semakin menghampiri. jika diri sendiri pun tidak berjalan pada jalan yang betul, mana mungkin kita yang membinanya?

take a look at this. suka sangat dengan artikel ni. realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi. jom jadikan diri kita ini satu realiti bukan sekadar ilusi. bercita-citalah untuk menjadi mujaddid baru. yang mendokong khilafah islamiyyah, bukan sekadar menyokong. mulakan dengan diri kita. islam is the only way of life~








psst: tengok video ni lagi zouq kot. have a look~ =)

psstt: jom sama-sama jaga diri. jaga hati. bukankah syurga itu milik kita bersama? ^_^


percaya dan yakin...
hari itu pasti tiba...
cuma,
adakah kita orangnya?

20110602

terbang~

bila hari berganti hari...
dan tahun berganti tahun...
masanya tetap tiba...




jika ditanya apa erti debaran...
maka padaku sekarang...
indahnya perasaan setelah berjauhan...

namun pada pertengahan...
tempat jatuhku bermain...
dan tempat perit tangisku dewasa...
kuharap waktu berhenti berputar...
biar aku sentiasa dipertengahan...

malaysia...
kunantikan cabaran darimu...
dan jordan...
kupasti merinduimu...



RJ 180 AMMKUL
03 JUN
0210







dan setahun yang kunantikan...
berakhir hari ini...
alhamdulillah...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .