RSS

20110228

spirit revival~

indah alam ini... 
kerana padanya...
ada suatu ketenangan...

nota tangan: post ni kurang bermanfaat. boleh tekan X kat hujung kanan atas tanpa teragak-agak. ^^



pagi di suatu hari
(baca: atau mungkin setiap hari)


perkarangan sebuah rumah di athar irbid


medina azzahra, cordoba

boleh tak, excited saya jumpa cherry blossom kat negara orang, rupa-rupanya ada kat negara sendiri (baca: jordan)?? (=,=!!)


library JUST
(baca: muka penat study. T_T)



dalam koster
(baca: hari ni mentari malu-malu je nak bagi sinarnya)



sunset yang selalu menemani


di rumah
"ah, merajuk~!" -Ro

(baca: sebab saya jarang tengok dia, asyik tengok lecture notes )




saya syak, hari-hari saya akan berlalu seperti ini. recycle. tapi saya harap saya sentiasa positif supaya setiap hari sentiasa menarik~! ^^



28 february 2011
subuh tenang irbid
04:31




seredup mana pun hari ini,
mentari tak pernah bosan memberi cahaya.


sepenat mana pun hari ini,

saya takkan pernah bosan merebut hidayahNya~!





وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ

dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu tetapi janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia

-alqasas: 77-



nota kaki: harap-harap ayat ni boleh revive your spirit as it does on me~! ^_^




indah ciptaan ini...
kerana padanya... 
ada suatu ketetapan...

20110227

kabur~

kata orang...
jangan difikir berulang-ulang...


adat dunia...
telus hati menginginkan kebaikan...
pandangan terarah pada kecantikan...


hingga terlupa...setiap sesuatu pasti ada rintangan...
hingga kabur dengan pilihan...




semoga sahaja tidak lupa yang Dia sebaik-baik perancang~! ^^


ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئً۬ا وَهُوَ حَسِيرٌ۬
kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih.

-almulk:04-



27 february 2011
memandang pekat langit
04:15


nota kaki
: emotional abused dengan weather forecast. sekejap kata cerah. sekejap kata hujan. tapi nampak gaya langit, bertambah la rindu saya pada hujan~ =,=



kerana yang pertama adalah ilham...
lintasan seterusnya hanyalah bisikan...

20110225

alahai adik~

akak bukan yang terbaik...
tapi hati seorang kakak...
takkan pernah menipu...


pagi tadi belek-belek facebook. sambil fikir ini dan itu termasuk lecture notesss yang baru di download. teringat ini dan itu. blogwalking. baca-baca. dan buka facebook adik. lama tak jenguk. lama tak conteng wall. ah, tidak. sebelum ni dah conteng tapi dia tak balas. usha-usha. hmmm~

"salam adik sayang...

iman sihat? =)"

tengahari tadi dia hantar message melalui facebook.



saya tersenyum. bicaranya saja-saja. tapi saya tahu apa yang gelodaknya rasa. dia menukar profile picture dan delete post yang saya conteng pada wall facebook nya. instead, dia menghantar message dengan bicara 'saja-saja'. kami berbual sedikit dengan permintaan, "kak in jangan tanya kenapa". dengan kalam terakhir, "jaga solat, jaga akhlak, jaga diri, jaga hati", saya dimaklumkan yang dia ingin deactivate facebook buat sementara waktu. alahai adik~
saya tersenyum lagi. dua tahun tidak bersua muka, mungkin ada yang kekosongan. sedikit sedih dengan ketidakprihatinan diri ini sebagai seorang kakak. jarak mungkin penyebab tapi tidak boleh dijadikan alasan. ini zaman dia mencari identiti diri. zaman yang sangat mencabar. zaman yang dia perlukan seseorang untuk dijadikan ikutan. zaman dia menentukan siapa dia pada masa hadapan. zaman saya diperlukan. alahai adik~

saya tersenyum lagi. pada hakikat maha suci Allah yang menjadikan rabithah hati adik beradik. hanya dengan dua ayat yang saya conteng pada wall facebook nya, dia mengerti. pada hakikat Allah gerakkan hati saya untuk menjenguk si adik. pada hakikat kami adik beradik. alahai adik~

wawa,
kak in faham apa maksud maaf itu. kak in faham apa maksud 'saja-saja' itu. tapi tersenyum kak in pada wawa yang lebih faham di sebalik 'bicara pendek' kak in. mungkin salah kak in lama tidak berkongsi cerita, mengambil berat tentang wawa seperti dahulu lantaran jarak dan masa mencemburui sehinggakan mungkin wujud jurang antara kita. maafkan kak in tapi nanti kak in topup time cuti panjang nanti ek~! ^^

wawa,
bukan kak in ingin sekat kebebasan wawa. kak in tahu, jadi seorang remaja sangat sukar. dugaannya hebat. rintangannya banyak. hidup penuh keliru. kawan menjadi corak hidup kita. tapi saat wawa tukar profile picture, itu hati wawa yang sebenarnya. Allah tak jadikan dalam badan kita ni, dua hati. dan kak in harap, wawa terus pilih hati yang itu.

wawa,
tak perlu malu dengan kak in sebab kak in tak selalunya melihat apa yang wawa buat. tapi tanamkan rasa iffah dalam diri wawa sebab Allah sentiasa melihat apa yang kita buat. bentengkan diri wawa dengan al-haya' sebab bagi kak in, itu satu-satunya cara untuk kita jaga diri kita. jaga maruah kita. dan jaga hati kita.


wawa,
kak in pernah tanya siapa dia yang wawa selalu berbalas komen mesra sedangkan sebelum ini wawa tak pernah buat macam tu. serba salah wawa menjawab dan dengan sedih wawa memberitahu. wawa takut dengan masalah hati. dan kak in hanya mampu membekalkan nasihat dan meniupkan doa dari jauh. semoga Allah melindungi wawa daripada dugaan terbesar itu.

wawa,
ingin kak in kongsi. suatu ketika dahulu sahabat kak in pernah memberitahu. antara lelaki dan perempuan tiada istilah persahabatan. yang ada hanyalah istilah muamalat. iaitu apabila ada keperluan yang mengharuskan sahaja. indah katanya lagi, jika ingin dikatakan persahabatan, antara lelaki dan perempuan tidak perlu pada ucapan ataupun pertemuan, perkenalan mahupun gurau mesra.

tapi persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah apabila perempuan memerlukan pertolongan, lelaki sudi menghulurkan tanpa mengharapkan balasan. dan apabila mereka pula memerlukan bantuan, kita sudi pula membantu tanpa alasan. walaupun antara lelaki dan perempuan itu tidak pernah kenal secara dalam. indahnya pencerahan itulah yang kak in pegang sampai sekarang.


ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ

Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).


-azzukhruf: 67-


wawa,
bukankah perempuan itu fitnah terbesar di akhir zaman? kak in berharap wawa jaga diri dan hati wawa supaya diri dan hati mereka turut terjaga. kak in tahu wawa ada segala kelebihan sebagai seorang perempuan. lindunginya dengan al-haya' untuk si dia yang benar-benar berhak. seindah perhiasan itu adalah wanita solehah, kan wawa?

wawa,
sahabat kak in pernah mengadu. katanya hati terasa kotor. dia menghafaz al-quran dan hafazannya dikatakan kerana segan kepada sheikhah. dia bertudung labuh dan dikatakan kerana dia mengikut kawannya yang bertudung labuh. dia ingin berhenti menghafaz lantaran personalitinya tidak menggambarkan seorang hamlatul quran.

lantas kak in berkata padanya,

"kenapa begitu? kenapa ingin dibuang penyebab yang sebenarnya membuatkan kita bertahan? ruginya. kenapa memilih untuk meninggalkan alquran kerana rasa hati tidak bersih? cuba fikir begini, kerana alquran lah kita bertahan. kalau tanpa alquran, mungkin hati lebih kotor dari ini. dan mungkin kita lebih teruk dari sekarang. kan?"

wawa tak tinggalkan alquran, kan?
nanti balik kak in tasmi3. ^^


ah, wawa. serius kak in rindu~



25 february 2011
langit mendung irbid
20:11



petang tadi langit mendung.
angin bertiup kencang.
dan saya nantikan hujan.




nota kaki 1: untuk si adik, semoga Allah sentiasa menjagamu. mengawal gerak hatimu. dan melindungimu. nanti kak in balik ye~ ^^

nota kaki 2: untuk adik2 juga. akak tak sedap hati sebenarnya. indirectly, akak harap adik2 tak salah faham dengan akak. apa yang akak rasa, mungkin adik2 tafsir berbeza dan apa yang adik2 rasa, mungkin akak tafsir berbeza. permulaan kita cukup baik dan akak harapkan pertengahan dan pengakhiran yang baik. maafkan akak dan akak harap semuanya jelas~ =)

nota kaki 3: untuk anonymous, post kali ni memang saya buat untuk specific person n specific reasons. ada masalah kah? =p


nota kaki 4: tadi wahida tak tersengaja masak ayam masak kicap yang sangat pedas. sampai geng dulang tersedu sedan suap nasi. tapi saya berbangga sebab saya mampu makan dengan berselera. huahauahu~ =D



dan buatmu adik...

akak titipkan doa...
semoga Allah sentiasa bersamamu...

20110224

memandang dunia~

terukir senyuman...
terjengah kenangan...
tertawa sendirian...


jom pandang dunia dengan pandangan kasih sayang.
pasti semuanya menarik~! ^_^


 tadi kelas microbe. sampai lebih awal daripada ali. lecture hall tu dah terbuka tapi masih gelap. cari suis tak jumpa, terus keluar, cuba mendapatkan pencahayaan yang cukup untuk membaca sementara menunggu lecturer datang. 15 minit selepas lecture start, tiba-tiba doktor zeyad tersenyap. memerhatikan pelajar yang baru datang.

"i have a dream. and my dream is, what ever we do, we make it on time. if we could always be on time, we'll make a great country." -my translation-

*senyum*

وَٱلۡعَصۡرِ

demi masa

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ

sesungguhnya manusia itu dalam kerugian



_____________________________________________



petang lab physio. combine dua group dan memang padat dan bising lab itu.

"syabab wa sobaya. sesiapa nak keluar, boleh. tak ada masalah. kedatangan saya dah ambil. kalau kamu nak berbual, kamu boleh keluar." -my translation-

beberapa orang pelajar arab dengan muka tak malu keluar. instructor meneruskan penerangan. seorang pelajar arab dihalau kerana bising. dan sepanjang instructor itu mengajar, beberapa pelajar lagi keluar.

selepas penerangan dan masa untuk eksperimen.

satu.

dua.

tiga.

empat.

"boleh tak kamu 4 orang gabung dengan pelajar sana. mereka pun buat eksperimen juga."

kami ke lab sebelah kiri. oh, pelajar syabab. melayu.

"tengoklah, tengok. saya tak tahu nak kata apa. seramai 120 pelajar, tinggal 9 orang pelajar ni je. itu pun pelajar melayu." -my translation-

bebel intructor tadi atau lebih kepada berbentuk pujian kepada kami. 2 pelajar syabab arab yang turut sama ketika itu cuba membela diri tetapi lebih kepada mengakui kebenaran itu.


*senyum*


إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar

لِمِثۡلِ هَـٰذَا فَلۡيَعۡمَلِ ٱلۡعَـٰمِلُونَ

Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)


_____________________________________________



sae dah beli tiket. hari itu dia beria ajak saya balik sekali. dan hari ini dia dah dapat printed ticket. kawan-kawan lain pun dah ramai yang beli tiket balik malaysia. direct flight siap. kalah saya yang bertahun tak balik dan akan balik lebih lama dari mereka. =,=!

saya tengah berkira-kira nak balik ke tak bulan enam ni. (tipuuu~!). maksud saya, nak balik direct atau melencong ke lain sebelum ke malaysia. cuti panjang sangat kot. siapa ada plan nak ke mana-mana (selain malaysia) bulan enam ni, boleh roger saya. kita plan sama-sama. eheh~

tapi teringat pula. semalam call abah. he said,

"listen to me, intan. it's hard for us to fetch you in jordan and take a flight to ***** and back to jordan. they said, there's no such package. and it's very risky for you to post me your passport for your visa. in my opinion, you STOP going on vacations, france, italy or whatsoever, save your every penny and we make it directly from malaysia, if you really want it. the three or four of us. are you clear?"

*gelak besar*

seriusly. memang gelak je. tak jawab apa-apa pun. dalam hati, 'sorry abah, intan tak boleh janji.'
haha~

_____________________________________________



ambil ni~

abaikan jenis airlines. sebab saya masih tak pasti. tengok tarikh post tu betul-betul terutama bahagian tahun. dan ganti perkataan "setahun merantau" dengan "tiga tahun merantau".

ok. saya dah sebak.
*tipu*


hari ini mentari masih garang.
dan saya dah mula rindukan hujan.



nota kaki 1: asyik gelak bila teringat. saya rasa macam adik saya merajuk. salah faham la tu. dah dua hari kot. nak tengok la esok dia masih merajuk atau tidak. =D

nota kaki 2: hari ni habis lagi satu tin rambutan. hari tu beli kat arabella dah last tin. tak tahu la lepas ni ada lagi atau tak. =,=! 

nota kaki 3: ok. izzah serius demand. want this tiramisu. ni la first time saya dengar perkataan bendalah ni. haha~ apa-apa pun, intan cuba la ek, izzah~! ^^

nota kaki 4: mid exam lebih kurang lagi seminggu. dan lecture note banyak lagi untuk dibaca. mohon doa untuk kami semua. T_T



indahnya aturanMu... 
wahai Tuhanku...

20110223

headshot~

jangan diukur nilai persahabatan...
dengan gurau senda...
ataupun pertemuan...


hah~!
pagi ni matahari bersinar garang. menemani saya menuju ke jami'ah. tidak seperti sebelumnya di mana pagi saya ditemani angin rakus bertiup. ataupun rintik kecil hujan. sepanjang bermulanya kuliah, saya rasakan hari ini paling indah. mungkin memberi petanda untuk satu permulaan yang baik.

saya lihat bulan putih di langit. separuh. seperti bibir yang tersenyum. dan saya membalas senyumannya itu. ya, saya kira hari ini sebagai jawapan kepada segala persoalan. ketenangan kepada segala kegelisahan. permulaan kepada satu pengakhiran. apa yang kita rasa, orang mungkin tafsir berbeza tapi semuanya best kalau kita pandang positif. ah, sejuknya hati~! ^^

semalam ada iftar azzikr. disekalikan dengan bacaan albaqarah sempena musolla baru dan persepsi juz 3. dari jami'ah, saya terus ke majlis itu. dengan renyai hujan yang menemani, mujur sahaja nota-nota tak basah. akhir majlis tu, ada tazkirah daripada ustaz radhi. sangat best dihujani dengan soalan-soalan tajam. headshot. yang seriusly membuatkan saya malu sendiri.



dalam asyik saya mengagumi mentari.

dalam indah saya memuji bulan.

saya lupa sesuatu.


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ


Allah~
Bagindalah matahari dan bulan itu. bahkan lebih cantik daripada keduanya.



اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ


nota kaki: malu, kan? (^_^')



kerana ikatan sebenar...
takkan pernah terzahir...
andai yang diharap... 
adalah keredhaan...

20110221

seperti malamku~

saat tenang itu damai.. 
saat rakus itu kudengar...
angin...
di mana dirimu yang sebenar?



deru angin menemani...
sepi malamku menyendiri...
laksana irama guadalquivir...
malamku...
tepat sepurnama lalu...

cuba kubasahi bibir...
dengan kata cintaNya...
mencari sesisip ketenangan...
disimbahi cahaya bulan indah...
seperti malamku...
tepat sepurnama lalu...

pandanganku menerobos pekat malam...
ketika hati bergelodak mencari jawapan...
persoalan demi persoalan...
seperti malamku...
tepat sepurnama lalu...

Tuhan...
aku memohon teman...
aku memohon kekuatan...
semoga dikuatkan pegangan...

Tuhan...
tidaklah Engkau jadikan...
dalam diri seorang insan...
dua hati dalam badan...

Tuhan...
yang hitam tetap hitam...
takkan cair dengan alasan...
takkan kabur dengan pandangan...



dan Tuhan...
tidaklah diri dan hati kupertahankan...
melainkan dengan harapan...
diri dan hati mereka turut mampan...

deru angin kembali menemani...
sepi pagiku menyendiri...
laksana irama guadalquivir...
tatkala menyaksikan bulan pergi...
saga mentari perlahan menyinari...
seperti pagiku...
tepat sepurnama lalu...





21 february 2011
angin rakus irbid
04:55




nota kaki: semoga ini yang terakhir.



saat dunia itu menyapa...
saat iman cuba berkata... 
intan...
di mana dirimu yang sebenar?

20110220

bicara bulan~

alam.. 
bicaramu terkadang...
mengelirukanku...


beranda bilik.
bayt khosyatullah.
syari3 3idun, irbid, jordan~


nota kaki: pagi ni selepas subuh, excited lagi. tarik-tarik tangan housemate untuk sama memuji pencipta. alangkah sempurna. tetapi, renungan ini penuh tanda tanya.

"anje, adik yang salah tengok atau bulan itu warna putih?"




oh alam... 
berbicaralah...
dalam bahasa yang dapat kufahami...

20110219

dua hati~

terbelah dada si kecil...
dikeluarkan hati... 
dan disucikan...


semalam terbaca satu post lama dalam blog nahnu2bas! blog batch saya. blog akhawat. rasa macam pernah baca post itu dulu tapi mungkin baru kali ini terasa dalam. kata orang, headshot. menikam. makan dalam.

post tu boleh baca kat sini. tak tahu la kenapa asyik teringat je ayat tu. dua kali baca saya dah terhafal. kata orang, kalau Allah campakkan rasa terdetik dalam hati maknanya Allah sedang menegur. mungkinkah? Allah sedang menegur saya?


مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ۬ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِى جَوۡفِهِۦ‌ۚ

Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya

-alahzab:4-

belek-belek tafsir al-azhar yang dicilok dari musolla tahfiz azzikr akhawat (sies untung jadi jiran. hohoo~^^), diterangkan mengenai tauhid. dikatakan, orang yang pecah tujuan hidupnya seperti orang yang menghentakkan kayu yang bercabang dua ke tanah. pasti tidak akan terbenam. seseorang yang dalam hatinya menyembah banyak benda instead of Allah, pasti tidak akan dapat berfikir dengan baik. dengan erti kata lain, penilaiannya tentang sesuatu perkara pasti tersasar. dan boleh dipanggil musyrik.

ah, lupa~! jangan dikatakan sembahan itu hanya yang zahir sahaja. kadang-kadang, dalam kita tidak sedar kita sebenarnya menyembah yang lain selain Allah. menyembah dalam satu tafsiran membawa maksud mengutamakan sesuatu melebihi yang lain. contoh terdekat, subuh gajah akibat terlalu heaven tidur. bukankah kita melebihkan tidur berbanding Allah?

kalau nak nampak baik sikit, kita terlalu tekun study sehingga melewat-lewatkan solat. bukankah kita telah mengutamakan study berbanding kewajipan kepada Allah?

belek-belek lagi buku reasons and occasions of revelation of the holy quran by al-imam al-wahidi an-naisaburi (translated by haytham kreidly), diceritakan ayat ini diturunkan tentang seorang polytheist, jameel ibn mu'ammer al-fahri yang dikatakan sangat bijak dan boleh menghafal semua perkara yang dia dengar, kata orang, by heart.

then the quraish said that he wont be able to remember everything unless he had two hearts. and proudly he said,
" i do have two hearts and with each of them i can think better than Muhammad SAW."

dalam perang badar, pihak quraisy termasuk jameel ibn mu'ammer al-fahri ni telah dikalahkan. dan apabila berjumpa dengannya dalam keadaan dia memakai sebelah kasut dan memegang sebelah lagi kasut, abu sufian bertanya,
" kenapa kamu pegang sebelah kasut dan memakai lagi sebelah kasut?"

he replied, " i didnt realise that both of them were not on my feet."
from that point on, the people knew that if he had two hearts (brains), he wouldnt forget that his shoe was in his hand. and again, Allah hasnt made for any man two hearts in his (one) body~

jelas sekali. yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih. tiada pertengahan bagi mereka yang sentiasa yakin setiap perbuatannya disaksikan Allah. mata manusia mungkin boleh kita kaburi tetapi mata Allah?

kelebihan yang Allah bagi adalah ujian. menguji setakat mana rasa kehambaan. semoga penilaian dalam menjalani hidup ini tidak dikaburi debu-debu jahiliyyah.


فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا

maka Dia mengilhamkan padanya jalan kejahatan dan jalan ketaqwaannya

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا

sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu

وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

dan sungguh rugi orang yang mengotorinya

~assyams: 8-10~


One of the salaf said: "Beware of the life of this world because its magic is more effective than that of Harut and Marut. The two latter's separate a man from his wife whereas the life of this world separates a man from his Rabb."


beranda bilik.
bayt khosyatullah.
syari3 3idun, irbid, jordan~




nota kaki 1: tadi sama-sama ter excited dengan rai. terpandangkan bulan jatuh selepas subuh. indah sekali. sedih pula bila rai mention pasal kamera yang masih di ICU. gambar ni ihsan iphone rai. huhuu~ ^^

nota kaki 2: rindukan hari terakhir kat puente romano. tengok bulan jatuh dan matahari terbit. ah, bulan~! kau tetap sama di mana-mana pada bila-bila masa~

nota kaki 3: tadi sempat jenguk cik MMJah bersama krew-krew nasi lemak CEC. tolong makan la sikit-sikit. semoga laku untuk dijual time prospec nanti. ^_^


bukankah itu pada kiasan? 
untuk terus kau contohi...
dengan wasilah lain...
hati itu, sucikanlah...

20110217

langit malam~

pandanglah ke atas... 
memerhati...
untuk kau tunduk ke bawah...
bermuhasabah diri...



deru angin malam...
laju menolak...
menggigit segenap inci...
tubuh yang berbalut...

pandangan ke atas...
merah si langit itu...
dihias dengan si bulat menguning...
dilakar dengan nipisan si putih...

laju...
laksana gambaran hidup yang ditayang semula...
deru angin malam itu...
mencarik-carik si awan...
melintas samar si cantik mengambang...
indah...

laju...
laksana waktu yang terus berputar...
deru angin malam itu...
mengoyak si cumulonimbus...
gesa menyapa si kecil bercahaya...
indah...

lantas rintik air itu...
membasahi wajah tenang...
menghirup nafas panjang...
mata terpejam...
terukir senyuman...

ah, langit!
kau penuh dengan rahsia...


16 february 2011
langit malam irbid
22.45



nota kaki: teruja melihat~! subhanallah~! ^_^



bicara alam...
 
aku kan sentiasa mengerti...

20110215

cerita akhir: IRBID

kembara itu... 
satu kesukaran...
satu pengajaran...
satu kenangan...


bukan fakta: kami tiba di irbid menghampiri jam 11 malam. selepas check in di rumah masing-masing, kami .........*merapu*....=p

fakta 1: to our surprise, jordan jauh lebih sejuk dari spain dan italy. hujan dan froze, suhunya sentiasa dari angka sa ke belasan. dan yang paling touching, kepulangan saya disambut oleh si montel dan si slim bersama rumah yang kegelapan tanpa letrik~! 2 hari berturut-turut pulak tu~! =,=!

buah hati pengarang jantung~ rindu~! ^^

sangat suka gambar si mata bulat nih~! ^^

ray, semoga menjadi kuceng yang solehah~ hohoo~ ^^

fakta 2: tapi alhamdulillah3, 3ala kulli hal wa ni3mah. kembara spain-italy kami akhirnya tiba ke penghujungnya. saat awal-awal perjalanan dulu saya selalu tanya izzah, kembara kami ni baru hari ke berapa dan sangat berharap hari ini tiba (izzah je yang tahu kenapa~ ^^). dan akhirnya kami telah kembali ke irbid. bumi yang lebih mengenali diri saya, dan membantu saya menjadi diri saya~

fakta 3: sangat comel, sebenarnya sepanjang trip, saya berada dalam prodromal period (sila google kalau tak tahu..=p) tapi period of illness tu nak berlaku kat irbid jugak~ 2,3 hari selepas tiba di irbid, saya demam selesema. huhuu~ ^^

fakta 4: tipu la kalau saya kata saya tak terkenang-kenangkan memori kembara kami. bak kata izzah,

kenangan ini..
sarangnya di lubuk hati..ukirannya kemas dalam memori..
melambai-lambai di kemudian hari..

*chewah~!* ^_^

masih terambil-ambil gambar sebegini~ =.=

fakta 5: sepanjang kembara kami. saya kehilangan banyak benda. duit (semestinya~! =p), kamera (masuk ICU), pen kesayangan, sudu, garpu, buku tourguide cordoba dan k*im ****. kehilangan bukan bermaksud saya yang menghilangkan, tetapi boleh jadi terhilang atau dihilangkan~ =p

fakta 6: tetapi bila Allah hilangkan, pasti Dia ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik. ukhwah, ilmu, pengalaman dan ibrah~

buat izzah yang lebih banyak bersusah payah merancang trip ni, alf syukran~ sangat seronok bermusafir dengan izzah. lepas ni mungkin dah takde peluang, kan? =(
maaf juga atas segala kekhilafan dan ketidaksengajaan dan gurauan yang berlebihan (pasal beg ke..muahaha~) sepanjang trip.

psst: sies intan rindu nak dismiss izzah punya alarm. dan intan dah tukar dah lagu alarm intan. hohoo~ ^^

buat si kembar azah aziah, terima kasih juga kerana sudi jadi travelmates. tak pernah intan rasa intan kenal azah aziah sedalam ni. bercerita pasal keluarga. benarlah Rasulullah kata, kalau nak kenal seseorang itu, bermusafirlah sekali, kan? maaf juga kalau terkasar bahasa, terburuk perangai dan lain-lain yang tak menyenangkan. semoga perit yang pernah kita lalui, menjadi memori termanis apabila dikenang~! ^_^

buat adik tidakbest dan tepianmuara, jazaakumallahi 5airan jazaa'. kerana sudi menjadi penjaga zahir, tourguides tak bertauliah dan travelmates. kerana sudi juga mengangkat beg-beg kami (terutamanya beg kak *z***..heh~) yang bertambah-tambah beratnya di akhir perjalanan. maafkan segala khilaf bahasa dan perbuatan yang mungkin ditidaksengajakan~


أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَا‌ۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

-alhajj: 46-


fakta 7: semoga mata hati kita tidak buta~! ^_^



nota kaki 1: buat kamu yang meminta saya buat post yang panjang lagi detail ni, harap berpuas hati ye~! lepas ni saya takkan rajin lagi untuk update setiap hari. =pp
nota kaki 2: oh ya~! saya dapat cizkek birthday yang dijanjikan dari izzah~! kamu ni suwiit la, izzah~! intan tak ingat pun sebenarnya. btw, thnx~! ^_^
psst: saya sangat malu bila baru tahu yang kamu memangggg pandai buat cizkek~! =,=!

tulisan atas tu dah tak nampak~~ ^^

nota kaki 3: mentari, semoga kamu sentiasa bersinar, menyuluh hati kami~! ^^
pict of the day.
dari beranda bilik.
bayt khosyatullah.syari3 3idun. irbid, jordan~




dan semoga padanya...
ada keberkatan...
dan setiap dosa...
diampunkan...

20110214

cerita 8: MADRID n BARCELONA

sabarlah hati... 
dan yakinlah...
apabila telah Allah campakkan...
itulah yang terbaik...

fakta 1: kami jalan-jalan di madrid sikit-sikit. bila ada kesempatan. atau dengan erti kata yang lain, setakat yang kami mampu pergi sahaja lantaran perancangan awal kami terganggu apabila flight ke spain tempoh hari ditangguhkan kerana cuaca buruk.

fakta 2: first perjalanan kami di madrid tempoh hari. dari seville. sebelum ke italy. masa yang diperuntukkan lebih kurang separuh hari. maka kami menapak, mengikut langkah kaki selepas menyimpan beg di stesen bus.

fakta 3: benda pertama yang kami jumpa adalah puerta de alcala (alcala gate). ianya sebuah neo-classical monument yang terletak di plaza de la independencia.

alcala gate~

fakta 4: kami sebenarnya mencari the royal palace of madrid. palace ni dikatakan tempat tinggal rasmi raja spain. tetapi raja spain sebenarnya tak tinggal kat situ pun. palace tu digunakan untuk majlis-majlis rasmi je.

royal palace of madrid~

fakta 5: kemudian kami jalan-jalan lagi sehingga tiba di plaza mayor~

sempat bersunset~ ^^

cantik n besar plaza ni~~! ^^

fakta 6: kami jalan lagi dan tiba di suatu tempat yang menempatkan monumen beruang dan pokok strawberi. madrid punya simbol memang bear + strawberry tree ni. it's sort of the legend of madrid's origin. comel je~ ^^
ihiks~ ^_^

suasana gran via~

fakta 7: kemudian kami jalan lagi sehingga tiba di calle de alcala. it's the longest and oldest street in madrid.tapi sebelum tu, sempat kami shopping dan makan di gran via~

night view sangat cantik~~!

more buildings in this street~

fakta 8: kami kemudiannya mencari buen retiro park. it's the main park of madrid. kalau ikutkan, park tu memang sangat besar dan cantik la. tapi memandangkan kami sampai waktu park tu hampir tutup, kami tak dapat tengok sangat park tu macam mana.

fakta 9: tapi yang membuatkan kami excited, kami jumpa sebuah kolam di mana airnya telah menjadi ais~! persis kanak-kanak yang kecewa (sebab xleh main ski kat sierra nevada), kami pun main-main la sikit. (xde salji, ais pon jadi laa~~ ^^)

suhu diramalkan bawah 0 darjah celcius waktu itu~ ^^

fakta 10: malam tu kami lepak di madrid barajas airport kerana flight kami ke italy awal keesokan paginya.

fakta 11: satu kisah menarik di madrid yang tak mungkin saya lupakan adalah ketika kami tiba dari italy. dari airport madrid, kami ke stesen bus madrid dan sepatutnya mengambil bus ke barcelona malam itu juga. tetapi mungkin bukan nasib kami, tiket ke barcelona yang paling awal adalah pukul 6.40 pagi keesokannya dan kami terpaksa lepak di stesen bus itu.

fakta 12: yang lebih mengharukan, kami tiba-tiba di'halau' keluar dari stesen bus itu dengan alasan stesen itu akan ditutup dan dibuka semula pada pukul 5 pagi dan waktu itu baru pukul 1.30 pagi~!

fakta 13: gaya kanak-kanak homeless, kami merempat di luar pintu stesen bus dalam kesejukan yang sangat3 menyengat, berbentengkan beg-beg roda~! "mengisi masa lapang", kami berkelah dengan memunggah segala bekalan makanan yang kami ada. supper sardin+ sos cili+ sos tomato+ lada sulah dan roti memang heaven~! sambil-sambil makan, kami membuat majlis kecil berbentuk pengisian dan muhasabah perjalanan. bila dipositifkan, seronok juga berkelah macam ni~! ^_^

fakta 14: 3 jam berlalu begitu pantas. sebaik sahaja pintu dibuka, kami terus masuk ke dalam stesen bus itu. mungkin saya agak terleka dan cuai, ketika saya sedang memerhatikan azah dan aziah membeli tiket, ada seorang lelaki telah mengambil beg bimbit saya tanpa sedar.

fakta 15: blur bila tengok beg bimbit saya tiada, saya akhirnya tersedar setelah kali ketiga saya menoleh ke arah tempat yang saya letak beg itu~! dan saya perasan lelaki itu menuju ke pintu keluar. tanpa berfikir panjang, saya terus mengekori lelaki itu dan memang benarlah dia sedang memegang sambil membuka beg bimbit saya itu~!

fakta 16: sedikit bengang (mungkin), saya merampas beg itu daripada dia dan yang paling lawak, dia terkejut dan meminta maaf sebelum melarikan diri. tercengang saya. fikir-fikir balik, siapa yang snatch beg daripada siapa ni? hohoo~ =D

fakta 17: 3ala kulli hal, alhamdulillah. tiada apa yang berlaku. lepas tu baru saya terfikir macam mana kalau tiba-tiba dia serang saya semula? atau dia lari dan saya kejar? atau dia snatch beg sandang saya? sedangkan beg bimbit tu ada megi je pun~ huhuu~ dan ya, saya rasa saya telah dimarahi oleh mereka yang berkenaan atas tindakan berani saya itu~ =,=!

fakta 18: kami tiba di barcelona lewat tengahari itu dan terus keluar selepas check in ke park guell. park ni dikatakan sangat cantik dan dibina oleh seorang arkitek yang terkenal bernama antoni gaudi. tapi sayang, selepas simpang siur perjalanan, park tu dah tutup.

dari atas separuh perjalanan ke park guell~


tuuu~ atas bukit tu the park guell~ ^^

fakta 19: kemudian, kami ke casa mila, another amazing work by antoni gaudi. casa mila was a sort of apartment tapi sangat cantik la. tapi kami tak masuk pun memandangkan jimat-cermat itu amalan mulia. eheh~ ^^'

entrance fee berbelas euro kalau tak silap~

fakta 20: kami jalan-jalan je lagi sehingga tiba di sebuah lorong yang penuh dengan kedai bangla. haha~ kepenatan, kami cari jalan pulang ke hotel. sempat lagi kami makan aiskrim pada waktu malam yang sejuk itu di taman berdekatan hotel kami. (saya la tu yang teringin sangat~ =,=)

pagi-pagi cantik je taman ni~ =)

fakta 21: keesokannya, kami sempat ke camp nou (FC barcelona). sayangnya, stadium itu hanya buka pukul 10 pagi sedangkan kami terpaksa check out awal untuk ke airport lantaran flight pulang ke jordan adalah pada pukul 2 petang. meraikan mereka yang sangat frust, kami pusing sekitar stadium itu dari luar~ haha~ ^^
FCB~

fakta 22: oh, ya~! semasa awal trip kami dari egypt, kami sempat jalan-jalan ke arc de triomf sementara tunggu bus ke madrid yang bertolak pada waktu malam.

arc de triumf yang ke-4 saya jumpa~ (3 in paris)

fakta 23: menyelusuri jalan dari arc de triomf itu, kami tiba di parc de la ciutadella yang menempatkan castell dels tres dragons. rehat-rehat sambil makan roti ber"jem"kan strawberi, kami kemudian kembali ke stesen bas barcelona.

the fountain~

castell dels tres dragons

sepanjang perjalanan ke stesen bus~

fakta 24: musafir kami berakhir pada 3 februari 2011. alhamdulillah, tiada banyak masalah ketika kami cuba mendapatkan flight royal jordanian sebagai ganti egypt airlines yang kami naiki lantaran rusuhan yang berlaku di egypt baru-baru ni. dan bagi saya, akhir musafir kami sangat indah apabila Allah bagi peluang untuk tengok sunset dalam plane~! ^_^

subhanallah~*terpaku+terpukau* ^^

fakta 25: abaikan gambar yang mungkin serupa memandangkan kami berada dalam satu flight yang sama. nah~! sajak of the last day~ sukee~~ ^^



kehadiranmu di situ...
kehilanganmu dari situ...
pasti ada hikmah... 
yang Dia rencanakan...

20110213

cerita 7: NAPLES n POMPEII

dan pada mereka hati...
tidakkah mereka memahami?
dan pada mereka penglihatan...
tidakkah mereka melihat?
dan pada mereka pendengaran...
tidakkah mereka mendengar?

bukan fakta: walaupun post pasal tempat ni dah ada orang yang rebut(?), saya tetap akan tulis untuk melengkapkan perjalanan kami. c(=

fakta 1: selepas 2 hari berturut-turut bersarapan cappucino dan donut coklat berperisa orange, kami menaiki tren dari roma termini ke naples. naples tiada dalam perancangan sebenarnya tetapi atas beberapa sebab, kami bermalam di sana.


kota terpencil naples~

fakta 2: naples pada mata saya, sebuah bandar kecil dan agak terpinggir. struktur jalan yang berbatu dan tidak rata (seperti jalan kereta kuda) merisaukan saya apabila memikirkan keadaan roda beg troli saya. mujur sahaja beg saya masih bertahan. ^^

fakta 3: tujuan kami sebenarnya ke pompeii bukanlah naples. jadi, sebaik sahaja check in, kami mengejar train untuk ke pompeii. cuak dengan masa train bertolak, kami berlari sepanjang ke stesen keretapi. (sies memalukan). tetapi kami akhirnya gagal dalam pertandingan "merentas desa" itu dan terpaksa menunggu setengah jam untuk train yang seterusnya~ =,=!

fakta 4: pompeii merupakan roman town-city yang hancur disebabkan letusan gunung vesuvius pada tahun 79M. diceritakan dalam letusan selama 2 hari itu, pompeii was completely buried under 4 to 6 meter of ashes and was lost for over 1600 years before it was rediscovered.

pompeiiviva?

fakta 5: diceritakan, pompeii sebenarnya mengulangi sejarah nabi luth. pompeii dahulunya sebuah pusat penzinaan dan homoseks. terlalu banyak pusat penzinaan dan pelacuran sehinggakan tidak diketahui jumlahnya. dan dikatakan juga, organ-organ kem*l**n lelaki digantung pada pintu-pintu pusat pelacuran tersebut dengan kepercayaan mithraic, iaitu organ-organ dan hubungan seksual seharusnya dipertontonkan secara terbuka.

kini tinggal runtuhan~

fakta 6: apabila gunung vesuvius (juga diberi nama the mountain of warning) memuntahkan laharnya, menjunjung perintah Allah, seluruh kota pompeii tenggelam dalam sekelip mata, melenyapkan terus kota itu dari dalam peta dunia. kota pompeii seolah-olah tidak wujud sehinggalah ditemui semula pada tahun 1599.

gunung peringatan~


إِن كَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ خَـٰمِدُونَ

(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi

-yasin: 29-

fakta 7: apabila ditemui semula, didapati banyak penduduk yang terawet dalam pelbagai situasi dan kebanyakan mereka dalam keadaan melakukan hubungan seks. yang paling meloyakan terdapat mereka yang berada dalam keadaan melakukan homoseksual. =,=!

garden of the fugitives~


إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمۡ صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَكَانُواْ كَهَشِيمِ ٱلۡمُحۡتَظِرِ

Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak

-alqamar: 31-


fakta 8: kami berjalan meninjau runtuhan-runtuhan kota itu. moga pada mata yang melihat dan telinga yang mendengar, Allah jentikkan sesuatu dalam hati kami di tempat azab ini~


the road not taken~


kota pompeii berlatarbelakangkan vesuvius~


fakta 9: oh, ya~! di sini terdapat banyaaakk anjing-anjing comel dan mesra yang menanti untuk di'anakangkat'kan. ini diiklankan sendiri oleh pihak pompeii scavi. ayat yang paling saya ingat, "only you can make them happy." ngeh~
*kalau kuceng dah lama saya angkut 2, 3 bijik~ ^^

fakta 10: jalan membawa langkah, kami tiba di amphitheatre. kat sini, saya jumpa sekumpulan tourist dari *lupa* yang sangat la friendly. borak sikit-sikit, pakcik tu tanya nama saya. lepas saya bagitahu nama, dia hulurkan tangan sambil perkenalkan nama dia. terkejut, saya gelak kecil *kaver sebenarnya* and said, "i dont shake hands~". frust gila muka dia. lawak je pakcik tu~ ^^


amphitheatre, the witness of gladiator games~

fakta 11: amphitheatre itu seperti yang lain-lain digunakan untuk perlawanan gladiators (mostly). melihat palang pada tangga menunjukkan kami tidak boleh naik ke tempat penonton. kawasan yang dibuka hanyalah gelanggang bawah. tapi, kami pun hairan macam mana kami boleh ambil gambar macam ni~ haha~ ^^

sendiri mau faham la~
hohoo~ =D

fakta 12: kami berehat di atas itu sambil menanti matahari terbenam. lagipun, amphitheatre ni tempat terakhir kami dalam kota pompeii itu. selepas ini kami akan kembali ke naples. cemburu saya pada mereka yang memanfaatkan masa ini membuka quran tafsir dan membaca terjemahan. saya hanya mampu curi-curi dengar sambil cuba iadah 1 juz. rindu pula tadabbur ayat yang kali pertama dan terakhir kami lakukan di puente romano, cordoba~

mentari, aku menantikan sinarmu esok~
chewah~! =p

fakta 13: sekembalinya ke naples, kami menapak ke castel dell'ovo (egg castle) yang terletak di peninsula of naples. oh, ya~ saya dapat tahu yang bot di jeti berdekatan dengan castel dell'ovo ini memberi perkhidmatan ke capri island, yang terkenal dalam buku literature "the lotus eater". dan saya juga baru tahu yang capri island ni nama lainnya adalah "paradise of the homosexuals". =,=!
mengambil angin malam di pinggir teluk tu, kami kemudiannya menyantap kebab istanbul yang sangatlah besar dan murah sebelum kembali ke hotel.

fakta 14: keesokan harinya, kami dengan semangat pelajar perubatan (aceh~! ^^) telah ke muzium anatomy berdekatan dengan hotel kami. bila masuk muzium tu, saya rasa seolah-olah berjalan di sepanjang lorong musolla M di JUST. ngehh~ =p

museo de anatomy~

sebijik kot cam kat M(?)

fakta 15: kemudian, kami kembali ke rome memandangkan flight kami dijadualkan pada 8 malam itu. bosan lantaran masa masih panjang sebelum 8 malam, kami cuba mencari pasta italy untuk dimakan.

fakta 16: apa yang mengharukan saya, dalam keadaan semua orang kesempitan wang, Allah memurahkan rezeki kami. kami ditemukan dengan seorang pekerja restoran yang layanannya sebelum kami (?) bertutur dalam bahasa arab sangat lain dengan selepas dia tahu kami mampu bertutur dalam bahasa arab (he's a muslim, of course).

fakta 17: pekerja tadi dengan apron dan topi chef siap, keluar dari dapur semata-mata untuk membawa kami ke sebuah restoran pasta italy. restoran la forchetta namanya.

tolong promote kedai~ hehe~ ^^

fakta 18
: memandang menu dan harga di luar kedai sudah cukup untuk membuatkan kami berfikir 2, 3 kali sebelum masuk. average harga satu pinggan pasta italy adalah belasan euro. belum sempat kami buat keputusan, tuan punya kedai menjemput kami masuk. dan kami bercadang ingin berpakat sekadar untuk merasa. ^_^'

fakta 19: *blablabla* dengan tuan kedai itu, kami tiba-tiba dihidangkan dengan pizza. terkejut kami padahal kami langsung tak memesan pizza tu. apabila ditanya, tuan kedai itu memberitahu yang pizza itu 3ala hisaabuh~ 0.o

siap safari lagii~!

fakta 20: *blablabla* lagi dengan tuan kedai yang berasal dari mesir itu, kami tiba-tiba dihidangkan dengan 6 pinggan pasta sedangkan kami hanya memesan 4 sepatutnya (tetapi tersalah cakap 5). tanya tuan kedai itu lagi, dia kata yang kami hanya perlu membayar dengan harga 5 pinggan pasta yang berharga 5 euro per pinggan~!!
[mula-mula dia bagi 6 euro per pinggan, bila kami kata nak share, dia turunkan kepada 5 euro]
harga 2 botol air (2 euro per botol) pun dia tak charge~!

4 jenis pasta~ ^_^
fakta 21: keluar daripada kedai tu, saya dah rasa terharu. rasa sangat yang Allah sangat baik. sedangkan diri ini belum tentu lagi bertaraf hamba. dan paling malu bila rasa kenapa bila dapat nikmat zahir sebegini baru nak terharu sedangkan setiap hari nikmat Dia melimpah ruah~
Allah~



mereka itulah seperti binatang ternak... 
bahkan lebih sesat...
mereka itulah... 
orang-orang yang lalai...

^frens^

 
Copyright ^(U)mbReLLa^ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .