20090910

ballihgna, ya Allah~

bulan itu datang...
gah menunjukkan keistimewaannya...
rebutlah...



1 ramadhan
irbid, jordan

ramadhan datang lagi. dalam debar menanti final exam. dalam seronok menanti saat kepulangan ke malaysia. dalam jerih menguruskan perpindahan ke rumah baru. dalam muhasabah bakal berakhirnya tahun satu perubatan di bumi jordan, ramadhan datang lagi.

hari itu kami disajikan dengan ceramah yang menusuk hati tentang ramadhan oleh ustaz yusrizal. perkenalan awal sebelum pertemuan dengan ramadhan. manis sekali. terasa hati tidak sabar menantikan kedatangan ramadhan.

dan kini saat itu tiba. tapi dengan perasaan yang berbeza. tahun ni ramadhan ke dua disambut di jordan. tahun lepas dah berlalu dengan penuh kejutan. tapi kali ini terasa diri dah bersedia dengan kelainan ramadhan di sini. lain, tetapi manis.

ramadhan kali ini saya bersama beberapa orang akhawat minority sakan. yang masih setia dengan sakan ini. sahabat-sahabat lain sudahpun melangkah ke rumah baru masing-masing. cuma atas beberapa kekangan, kami tetap menjadi penghuni sakan ini.

simple menu untuk bersahur dan berbuka menjadi sajian harian. kekangan masa untuk dimanfaatkan sebetulnya pada final exam juga kerana kami dalam proses mengosongkan peti sejuk. kadang duit sahaja dikeluarkan, lantas santapan iftar merupakan makanan luar.

namun, lebih istimewa kali ini, minority ini tidak mematikan jemaah di musolla. setiap waktu solat, walaupun satu saff tetap solat itu didirikan secara berjemaah. tanpa laungan yang menggegarkan sakan, musolla tetap menjadi tumpuan. dan seiring buku yang dibaca untuk final exam, alquran tetap digemakan. bahkan lebih hebat.

malam itu, saya berterawih di masjid yarmouk. laju melangkah. mungkin kerana terlalu rindukan suara imam yarmouk yang menusuk jiwa. esok exam biochemistry. tetapi rupa-rupanya bukan saya seorang yang berperasaan begitu. boleh kata keseluruhan warga irbid merasakannya. alhamdulillah.

sehari ramadhan berlalu. malam itu damai kerana malam itu malam ramadhan.
allahumma ballighna ramadhan wa ila akhiruhu...





19 ramadhan
terengganu, malaysia


hampir seminggu saya melalui ramadhan di bumi malaysia. jauh berbeza suasananya. mungkin saya masih lagi menyesuaikan diri setelah setahun di perantauan. tetapi tahun ini peluang yang baik untuk saya bandingkan ramadhan di malaysia dan di jordan.

apa yang menarik, sahur dan iftar di sini merupakan air tangan ibu. tiada makanan luar yang dimakan. dan semuanya makanan yang saya rindui. dan pastinya berbeza bersahur dan berbuka puasa dikelilingi ahli keluarga instead of sahabat, kan?

tapi the big difference yang saya rasakan, solat terawih. kalau di jordan satu juzu' dihabiskan semalaman, di sini mungkin hanya beberapa maqra'. pada mulanya agak terkejut, tetapi itulah hakikatnya. mungkin kerana terbiasa terawih 8 rakaat di jordan, habis dalam pukul 10 malam tetapi di sini terawih 20 rakaat habis sebelum 10 malam.

bagaimanapun, ramadhan tetap ramadhan. bukanlah kuantiti yang dikira tetapi kualiti. Dia menyoalkan tentang ahsanu, bukan aksaru.
allahumma ballighna ramadhan wa ila akhiruhu...


kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

20090831

mimpi malaysia~

apabila jejak itu...
satu mimpi...
maka awangan itu...
satu realiti...

take off...
segalanya kecil di pandanganku...
meninggalkan kenangan setahun merantau...
mencari hakikat tempat bermain...

laksana lukisan...
menghias indah...
sekecil semut menghurung gula...
dan aku gergasi itu...

andai semua ini mimpi...
jangan bangunkan aku dari tidur...
biarkan aku terlena panjang...

kerlipan lampu neon...
menghias bumi...
kelajuannya membelah pekat angkasa malam...
dan aku memangkah realiti...

bumi malaysia...
pasti kupijak nanti...


kuwait airways
310809
00:50:00



indahnya mimpi itu...
saat ia menjadi realiti...

20090802

hidayah to be grabbed not to be wrapped..

hidayah itu...
milik semua...
bila ia datang...

peganglah sekuatnya...

musim soifi memang satu musim yang mencabar. mental dan fizikal. masa seakan-akan pendek dan cepat berlalu. panas yang membahang dan penat yang merantai diri. ditambah dengan exam yang umpama kereta api. berderet.

namun musim soifi saya kali ini bewarna-warni. bukan sekadar diterangi cahaya matahari semata. dan saya banyak belajar. awal soifi saya dihiasi dengan satu tugas. menjayakan Mesyuarat Agung PERMAI kali ke-7. setiap tahun, saff kepimpinan akan berganti orang. setelah pilihan raya berjalan selama seminggu, segalanya dirumuskan dalam satu mesyuarat agung.

bekerja tanpa ketua yang tetap agak memenatkan. seolah-olah segalanya tergalas pada bahu ini. tapi kadang terfikir, Allah menunjukkan sesuatu kepada saya. dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

selepas satu tugas, saya diminta untuk menjayakan lagi satu Mesyuarat Agung PUTRA. dilantik menjadi ahlijawatankuasa Jawatankuasa Pilihanraya wakil irbid. dan saya terima dengan senang hati. walaupun kerja itu agak kelam kabut kerana semuanya dilakukan last minute, saya bersyukur semuanya berjalan lancar. kemudian saya disibukkan lagi dengan peperiksaan.

saya suka membuat kerja. jika diberi tugasan, insyaAllah saya jalankan dengan sebaik mungkin. penat tapi saya selalu rasa yang penat itu berbayar. mungkin bukan secara zahir tetapi saya amat yakin dengan perasaan saya itu. satu kepuasan apabila dapat menolong. memberi sumbangan walaupun kecil.

jika kita melakukan sesuatu kerana Allah dan dalam keadaan kita seronok melakukannya nescaya kita tak akan pernah rasa terbeban. kerana keikhlasan itulah yang meringankan segala urusan yang berat. itulah yang saya rasa.

namun dalam saya cuba berjasa saya pernah ditegur oleh seorang rakan. saya pun tidak tahu kenapa. mungkin niatnya baik tapi kata-katanya seolah-olah ingin melemahkan semangat saya. "kalau tak mampu, tak payahlah terima." dan saya termangu. inikah cara seorang sahabat memberi sokongan?

saya teringat ketika saya berada di sekolah menengah. saat kenaikan ke tingkatan lima, kebanyakan sahabat-sahabat Majlis Pemimpin Pelajar (mpp) dihantui dilema sama ada ingin melepaskan jawatan yang dipegang atas alasan tidak mahu mengganggu pelajaran atau ingin meneruskan tanggungjawab tersebut.

dan apabila yang memegang amanah, terus memegang. berpaksikan janji Allah yang menolong mereka yang menolong agamaNya. muka kamilah yang menaikkan nama sekolah baik dalam akademik mahupun kokurikulum. rindunya saat itu. saat sahabat bersama menguatkan, bukan menjatuhkan. dan yang paling saya ingat, saat peperiksaan menjelang, saat itulah akan diadakan qiam perdana bagi mpp.

dalam lipatan sejarah, tatkala khalid alwalid berjaya mengalahkan empayar Rom yang berganda besarnya, kekalahan itu telah dipertikaikan oleh maharaja hercules. lantas bangun seorang tentera rom yang paling tua berkata,

"tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam. mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran."


rahsia kegemilangan islam menawan dua pertiga dunia terang, tapi hanya dalam lipatan sejarah. sedangkan sumbangan sekecil ini pun cuba dipatahkan. tatkala diri sendiri yang diuji. lain percakapan daripada perbuatan. cakaplah apa saja, jika niat perubahanmu kerana manusia, semua itu tak akan kekal~

tatkala diri mencari hidayah, saya teringat pada kata-kata senior yang hampir sebulan telah pulang ke tanah air. pertemuan terakhir di lapangan terbang Queen Alia, saya meminta nasihat. ketiga-tiga mereka diajukan dengan permintaan yang sama.

"akak, bagi adik nasihat."

"jadi lebih matang."
saya terpinga.

"dalam diri adik ada sesuatu yang tak sempat akak cari. carilah benda itu. kalau adik jumpa, adik akan jadi seorang yang lebih hebat dari sekarang,"

kata kak nadia.


tatkala permintaan itu diajukan pada kak aimi,

"setiap kali adik nak buat sesuatu, niatkan kerana Allah. ingatlah, setiap perkara yang kita buat untuk cari keredhaan Allah."


dan kata kak ahiasah,

"cari kelebihan dalam diri adik. bukan untuk adik bangga diri, tetapi untuk bantu islam."


dan saya sedang mencari.

saat saya mencari hidayah itu, Dia tunjukkan saya sesuatu. hidayahNya memang tidak kenal sesiapa. sesungguhnya aku malu, ya Allah pada dia yang Engkau kurniakan hidayah. sedangkan aku yang telah lama Kau kurniakan nikmat iman dan islam masih dalam pencarian~





saya dapat cerita dari seorang sahabat di malaysia tentang pemelukan islam seorang kawan cinanya. hidayah Allah yang ditunjukkan di depan mata. subhanallah~

jika disimpulkan warna-warni soifi saya, banyak 'ibrah yang boleh diambil. betapa hidayah itu Allah letakkan di depan mata. saya yakin dengan Dia kerana Dia tidak pernah tinggalkan saya.


"dan Allah itu lebih dekat berbanding urat nadimu sendiri"

-alhadis-




نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

~kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. ssungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka.

-alkahfi:13-




hidayah is to be grabbed, not to be wrapped..!


pencarian ini takkan pernah berakhir...
selagi bukan Engkau...

yang menokhtahkannya...

alghurabaa'